Pages

Tuesday, March 1, 2011

Berlusconi tak hadir bicara kes penipuan cukai






2011/03/01

MILAN: Perbicaraan Perdana Menteri Silvio Berlusconi berhubung dakwaan penipuan cukai berlangsung semalam, satu daripada tiga kes yang dihadapkan ke mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Itali melucutkan hak imuniti beliau daripada pendakwaan.

Berlusconi tidak hadir pada perbicaraan hari pertama itu. Beberapa kes membabitkan Berlusconi dijangka mendominasi politik Itali dalam masa beberapa bulan akan datang termasuk perbicaraan tuduhan beliau membayar gadis bawah umur untuk khidmat seks.
Kes semalam membabitkan pemilikan hak stesen televisyen swasta terbesar Itali, Mediaset.
Perdana menteri dan beberapa lagi eksekutif Mediaset dituduh sengaja menaikkan harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan hak televisyen menerusi syarikat pesisir yang dikawal Berlusconi dan mengaut keuntungan untuk mewujudkan dana haram.

Berlusconi menafikan semua pertuduhan dan berkata majistret berhaluan kiri mempunyai motif politik untuk menjatuhkannya.

Perbicaraan itu ditunda sehingga setahun tetapi ia diteruskan selepas mahkamah perlembagaan melucutkan imuniti Berlusconi secara automatik daripada pendakwaan.

Sementara dalam kes berasingan di mana Berlusconi dituduh membayar penari kelab malam untuk seks dan menyalah guna kuasa dengan menggunakan jawatannya untuk menutup hubungan sulit itu, bermula 6 April. – Reuters
Berita Harian Online | Berlusconi tak hadir bicara kes penipuan cukai

No comments: