Pages

Monday, February 7, 2011

Tuanku Mizan naik pesawat tempur Sukhoi SU-30MKM

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

07/02/2011 12:29pm
 Sukhoi SU-30MKM

YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menunjukkan tanda bagus semasa duduk diruang pemandu kedua ketika menaiki pesawat tempur pelbagai guna Sukhoi SU-30MKM sempena kunjungan kerja ke Pangkalan Udara Butterworth, hari ini. - Foto Rosli Ahmad



BUTTERWORTH 7 Feb. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini mencemar duli menaiki pesawat tempur tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sukhoi SU- 30MKM.

Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth kira-kira pukul 10.40 pagi menuju Pulau Langkawi dan akan berpatah balik ke Pulau Pinang yang dijangka mengambil masa 45 minit.

Baginda menaiki pesawat tersebut bersama Pegawai Memerintah 11 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohd. Ashgar Khan Gauriman Khan. - UTUSAN."

No comments: