Pages

Monday, February 7, 2011

Pembangkang Mesir tolak tawaran sertai kerajaan baru





2011/02/07

KAHERAH: Barisan pembangkang yang mahu rejim Presiden Hosni Mubarak berundur, semalam menolak tawaran untuk bergabung dalam rancangan pembentukan kerajaan baru Mesir.

Terdahulu, Naib Presiden, Omar Suleiman bersetuju untuk berunding dengan kumpulan pembangkang, termasuk parti yang diharamkan - Muslim Brotherhood, tetapi rundingan itu dikatakan tidak mencapai sebarang persetujuan konkrit berhubung penyelesaian konflik penentangan rayat yang kini memasuki minggu kedua.
Malah, Dataran Tahrir di tengah ibu negara masih menyaksikan ribuan rakyat Mesir tidak berganjak daripada kawasan itu sambil menegaskan mereka tetap mahu Mubarak berunsur meskipun kerajaan menganjurkan rundingan seperti itu.
“Ia satu muslihat. Itu pandangan ikhlas saya," kata Nora Abul Samra, 25, salah seorang penunjuk perasaan.

“Kalau dia (Mubarak) pergi dia boleh melakukan apa saja yang dikehendakinya. Kami percaya ada cara lain yang lebih berpelembagaan dan ia adalah menerusi revolusi," katanya.

Sementara itu, jurucakap kerajaan, Magdi Radi berkata, pihak yang berunding bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankyasa terdiri daripada hakim dan ahli politik untuk mengkaji pindaan dalam perundangan dan perlembagaan negara pada minggu pertama Mac depan

Mereka juga bersetuju untuk membuka pejabat aduan terhadap layanan yang dialami tahanan politik, menarik balik larangan terhadap media serta menarik balik undang-undang darurat bergantung kepada keadaan keselamatan.
Mahmud Ezzat, pemimpin nombor dua Muslim Brotherhood memberitahu AFP bahawa kumpulannya sudah menarik diri daripada rundingan itu kerana ia tidak memberi manfaat dan mahu protes jalanan diteruskan.

"Salah satu tuntutan kami ialah Presiden mesti meletakkan jawatan," katanya. - AFP
Berita Harian Online | Pembangkang Mesir tolak tawaran sertai kerajaan baru

No comments: