Pages

Friday, February 11, 2011

Nafi ubah wang haram RM2.1j





2011/02/11

HASBIE dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam atas tuduhan terbabit pengubahan wang haram.
HASBIE dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, semalam atas tuduhan terbabit pengubahan wang haram.
BUTTERWORTH: Bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram dengan memiliki wang berjumlah RM2,134,656, tahun lalu.

Hasbie, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Zairan Aman yang menetapkan 14 Mac depan bagi sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie diikat jamin RM60,000 dengan dua penjamin.
Terdahulu, tertuduh yang berbaju merah dan berseluar jeans, tiba di mahkamah diiringi sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.
Hasbie, dituduh melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar, dekat sini pada 11 Februari tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Anslem mahu mahkamah menetapkan ikat jamin RM100,000 berikutan kesalahan dilakukannya adalah berat.
Hasbie bagaimanapun membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah ikat jamin kerana tidak mempunyai pendapatan tetap serta perlu menanggung perbelanjaan keluarga.

Selain itu, Hasbie berkata, mahkamah perlu mempertimbangkan jasanya selama berkhidmat dengan kerajaan dan bekerja di bawah kepemimpinan tiga Perdana Menteri.

“Saya sudah setahun tidak bekerja dan berhenti kerja tanpa mendapat pencen,” katanya.
Berita Harian Online | Nafi ubah wang haram RM2.1j

No comments: