Pages

Sunday, February 13, 2011

Kumpulan prodemokrasi langgar arahan





2011/02/13

ALGIERS: Beribu-ribu rakyat Algeria melanggar arahan polis agar tidak menyertai tunjuk perasaan prodemokrasi yang dianjurkan aktivis sehari selepas melihat rakyat Mesir menumbangkan presiden kuku besi, Hosni Mubarak.

Polis antirusuhan dikerah di ibu negara Algeria semalam bagi menghalang kumpulan prodemokrasi memasuki pusat bandar dengan sekatan keselamatan dipasang di beberapa jalan strategik menuju ke dataran 1 Mei di tengah ibu kota ini.
Namun, ribuan penunjuk perasaan berjaya melepasi sekatan itu dan membanjiri pusat bandar dengan sebahagian daripada mereka bergelut dengan anggota polis dan ditahan,
Penunjuk perasaan itu melaung slogan ‘tidak kepada negara polis’ dan ‘berambus Bouteflika’ – merujuk kepada Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika, yang memerintah negara utara Afrika ini sejak 1999.

Di bawah perintah darurat Algeria yang berkuat kuasa sejak 1992, tunjuk perasaan diharamkan tetapi amaran berulang kerajaan agar orang ramai tidak menyertai bantahan semalam tidak dihindar.

Akhbar tempatan, La Liberte melaporkan anggota keselamatan jauh melebihi jumlah penunjuk perasaan semalam dengan kira-kira 30,000 polis rusuhan dikerah berbanding 10,000 yang menyertai perarakan antikerajaan itu.

Bantahan semalam menuntut Algeria beralih kepada sistem demokrasi tetapi tidak mendesak Bouteflika meletak jawatan. Ia dianjurkan Badan Penyelaras Perubahan Demokratik Algeria, kumpulan yang mengumpulkan aktivis hak asasi, kesatuan dan peguam. – AP
erita Harian Online | Kumpulan prodemokrasi langgar arahan

No comments: