Pages

Monday, January 10, 2011

Wanita Amerika Syarikat mengaku mengintip di Iran

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

TEHERAN 9 Jan. - Seorang wanita warga Amerika Syarikat (AS) yang didakwa Teheran sebagai perisik negara ini, telah mengaku melakukan kerja-kerja pengintipan, kata pegawai polis kanan Iran di televisyen rasmi negara ini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Sempadan, Brigadier Jeneral Ahmad Garavand berkata, ketika soal siasat awal dilakukan, dia mengaku melakukannya apabila ditanya sama ada terlibat dengan pengintipan.

Semalam, Garavand memberitahu media Iran bahawa seorang perisik wanita AS dikenal pasti sebagai Hal Talayan ditahan di Jolfa, yang bersempadan dengan Naxcivan, Azerbaijan, berdekatan Armenia.

''Wanita itu ditahan pada 5 Januari lalu ketika merakam filem dan berlakon sebagai pelancong dan dia ada misi daripada agensi perisikan AS,'' katanya.

Garavand berkata, dia ditugaskan oleh AS untuk merakam gambar sempadan-sempadan negara ini. - AFP"

No comments: