Pages

Monday, January 10, 2011

Anggota Kongres AS kena tembak

LOKASI JENAYAH...polis mengawal pusat beli-belah Safeway selepas Gabrielle diserang ketika dia bertemu orang ramai di Tucson, Arizona, semalam.
LOKASI JENAYAH...polis mengawal pusat beli-belah Safeway selepas Gabrielle diserang ketika dia bertemu orang ramai di Tucson, Arizona, semalam.



GABRIELLE...wanita Yahudi Arizona pertama ke Kongres.
GABRIELLE...wanita Yahudi Arizona pertama ke Kongres.


TUCSON: Seorang ahli Kongres cedera parah selepas ditembak di kepalanya, manakala enam lagi - termasuk seorang hakim dan budak perempuan berusia sembilan tahun - terbunuh dalam serangan ganas di Tucson, Arizona, semalam.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan serangan ke atas Gabrielle Giffords yang mewakili Parti Demokrat itu dilakukan lebih daripada seorang penjenayah.

Media menamakan penyerang itu sebagai Jared Lee Loughner, 22, dan memiliki rekod jenayah lampau serta masalah psikologi tidak stabil.

Sheriff Clarence Dupnik berkata, ketika ini Loughner disoal siasat tetapi tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Ada alasan untuk polis percaya dia pergi ke tempat kejadian bersama seorang individu lain,” katanya kepada media.


Laporan awal menyatakan, Gabrielle, 40, maut akibat serangan di luar pusat beli-belah itu tetapi kenyataan berkenaan diperbetulkan kemudian.

Seorang hakim persekutuan, John Roll, maut akibat terkena tembakan.

Ketua Unit Trauma Pusat Perubatan Universiti, Peter Rhee, berkata Gabrielle boleh diselamatkan walaupun kepalanya ditembusi peluru.

“Kami tidak boleh menyatakan tahap penyembuhan itu, tetapi agak yakin mengenainya,” katanya.

Bagaimanapun, dalam penjelasan selepas itu, bekas pakar bedah dan rakan keluarga Gabrielle, Richard Carmona, bersikap lebih berhati-hati.


Kata Carmona, mereka berharap ahli politik itu terselamat walaupun kecederaan dialaminya sangat serius.


Gabrielle menghadiri majlis perjumpaan dengan pengundinya di luar sebuah pusat beli-belah apabila Loughner melepaskan tembakan.


Selain enam terbunuh, 12 yang lain cedera.


Saksi berkata, Gabrielle ditembak dari jarak dekat tetapi motif serangan belum diketahui.


Ketika Gabrielle berkempen untuk memenangi pilihan raya sebelum ini, dua insiden membimbangkan berlaku ke atasnya.


Ketika Gabrielle menemui pengundi, seorang daripada mereka menjatuhkan sepucuk pistol dari seluarnya.

Tingkap pejabat Gabrielle juga pernah dipecahkan pihak tidak dikenali.
Gabrielle menjadi wanita Yahudi dari Arizona pertama dilantik ke Kongres pada 2006. - AFPmyMetro | Anggota Kongres AS kena tembak

No comments: