Pages

Sunday, January 9, 2011

Bunuh tiga orang awam

myMetro | Bunuh tiga orang awam: "


SEATTLE: Seorang tentera Amerika Syarikat (AS) berpangkat sarjan diarahkan menjalani perbicaraan di mahkamah tentera atas pelbagai tuduhan termasuklah membunuh tiga orang awam Afghanistan, menyimpan organ tubuh manusia sebagai trofi perang dan membelasah anggota tentera lain yang mengadu kepada penyelia mengenai penggunaan hashish di unitnya.

Sarjan Calvin Gibbs, 25, adalah seorang daripada lima anggota tentera daripada Briged Stryker yang menghadapi dakwaan membunuh. Kira-kira 12 anggota tentera AS yang bertugas di Afghanistan sejak 2001 menghadapi tuduhan melakukan kekejaman perang tahap serius.


Gibbs dari Billings, Montana juga menghadapi puluhan lagi dakwaan termasuk menyimpan anggota manusia seperti gigi, jari dan tulang kaki sebagai trofi perang. Dia bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol jika disabitkan kesalahan atas dakwaan membunuh tiga orang awam Afghanistan yang tidak bersenjata termasuklah seorang kerani, La Muhammad Kalay pada Januari 2010, Khari Kleyl pada Februari 2010 dan Qualaday pada Mei 2010. - Reuters"

No comments: