Pages

Tuesday, January 18, 2011

Bos F1 akan terusbekerja kerana anak




RUMAH milik Petra di Chelsea.


LONDON - Bos perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone berkata, dia akan terus bekerja walaupun sudah berusia 80 tahun disebabkan dua orang anak dan seorang bekas isterinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ecclestone yang mempunyai kekayaan dianggarkan £2.4 bilion (RM11.68 bilion) berkata, dia akan membantu dua anak perempuannya itu memiliki hartanah di London.
Dia mempunyai dua anak perempuan, Tamara, 26, dan Petra, 22, hasil perkahwinannya dengan bekas isterinya, Slavica yang berpisah dengannya pada Mac lalu.
"Saya berasa bangga dengan mereka (kedua-dua anaknya itu), Mereka merupakan gadis yang baik. Mereka tidak bodoh apabila menyentuh soal wang. Kedua-duanya memiliki kewarasan dan itu sesuatu yang saya dan ibu mereka tegaskan.
"Kedua-duanya mempunyai kekasih lelaki. Mereka mengembara dan membaik pulih kediaman adalah tugas yang baik untuk Tamara," kata Ecclestone kepada akhbar Sunday Times.

BERNIE ECCLESTONE bersama dua anaknya, Tamara (kiri) dan Petra.


Ecclestone yang merupakan anak nelayan pukat tunda dari Ipswich, Britain membelanjakan £100 juta (RM486.99 juta) untuk kediaman anak-anaknya. Tamara yang merupakan seorang model telah mempunyai kediaman berharga £22 juta (RM107.13 juta) di Belgravia.
Namun, katanya, dia perlu menaik taraf kediaman tersebut sebelum kekasihnya, Omar Khyami berpindah ke rumahnya itu bersama dengannya.
Tamara yang merupakan bekas pengacara televisyen mendapat pendidikan di Sekolah Francis Holland di sini tetapi dia gagal untuk menamatkan pengajian di London School of Economics and University College London. - AgensiKosmo! Online - Dunia

No comments: