Pages

Monday, December 6, 2010

Seluar bantu pesakit lumpuh jalan semula




2010/12/06

LONDON: Seorang ahli perniagaan Israel, Amit Goffer, berjaya mencipta seluar khas dikenali sebagai 'seluar robot berjalan' yang boleh membantu pesakit lumpuh berjalan semula. 

Goffer yang lumpuh separas pinggang selepas terbabit dalam nahas kereta pada 1997, berusaha menghasilkan seluar itu yang menggunakan pengimbas dan alat khas bagi membantu pesakit lumpuh berdiri dan bergerak dengan bantuan topang.“Penggunaan seluar ini secara berterusan mampu mencegah komplikasi yang biasa berlaku di kalangan pesakit lumpuh termasuk luka akibat tekanan, kegagalan mengawal kencing, masalah penghadaman dan tekanan jantung,” katanya yang menambah kos menghasilkan seluar itu kira-kira AS$100,000 (RM314,100). – Agensi

No comments: