Pages

Monday, December 6, 2010

Israel rayu bantuan antarabangsa




2010/12/06

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran   hutan membabitkan sebuah rumah di Ein Hod.
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran hutan membabitkan sebuah rumah di Ein Hod.
Dua beradik ditahan disyaki cetus kebakaran hutan terburuk ragut 41 nyawa 

BAITULMAQDIS: Dua remaja adik-beradik ditahan kelmarin selepas disyaki mencetuskan kebakaran di utara Israel ketika anggota bomba negara itu berkata mereka boleh mengawal kebakaran menjelang hari ini,” kata pegawai.Jurucakap polis Micky Rosenfeld berkata kedua-dua remaja bawah umur itu dihadapkan ke mahkamah semalam bagi menyambung perintah tahanan reman ke atas mereka atas dakwaan menyebabkan kebakaran berikutan kecuaian sehingga mengakibatkan 41 orang terkorban.
Rosenfeld berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan media bahawa kedua-dua remaja lelaki itu secara tidak sengaja menyebabkan kebakaran menggunakan unggun api dan getah paip. 

Ibu saudara remaja terbabit yang hanya dikenali sebagai Abir, dalam satu temuramah dengan Radio Tentera, menafikan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap kebakaran paling buruk dalam sejarah Israel. 

Kebakaran dilaporkan merebak di hutan Carmel berhampiran bandar ketiga terbesar di Israel, Haifa sejak Khamis lalu. 

Ia menyebabkan negara itu yang dikatakan mempunyai teknologi tinggi dalam pelbagai bidang termasuk usaha keselamatan terperangkap dalam keadaan tidak bersedia. 
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu juga merayu masyarakat antarabangsa agar menghulur bantuan. Pelbagai negara termasuk Russia dan Amerika menghantar pesawat, anggota bomba dan peralatan untuk memadam kebakaran. – AP 

No comments: