Pages

Sunday, December 5, 2010

Kejahatan Syiah memburukkan sahabat

Syi’ah- Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.A.W. Selepas Kewafatannya








Terjemahan
Syi’ah: Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.A.W. Selepas Kewafatannya


Daripada Zurarah daripada salah seorang daripada keduanya (Muhammad al-Baqir atau Ja’far as-Sadiq) a.s. katanya: “Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w. berada dalam keadaan dukacita dan sedih. Ali a.s. lalu bertanya: “Kenapa saya melihat engkau wahai Rasulullah dalam keadaan dukacita dan sedih? Baginda menjawab: “Bagaimana saya tidak berada dalam keadaan demikian sedangkan saya telah melihat dalam mimpiku bahawa Bani Taim[1], Bani ‘Adi[2] dan Bani Umayyah[3]telah menaiki minbarku ini dalam keadaan mendorong manusia supaya meninggalkan Islam. Maka saya pun bertanya: “Tuhanku! Ketika saya masih hidup atau setelah kewafatanku? Allah ta’ala menjawab: “Selepas kewafatanmu.”
(Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al-Kulaini ar-Raudhah min al-Kafi jil. 8 hal. 345)


Kesimpulan:

Ø  Syi’ah mengatakan sahabat-sahabat r.a. telah memesongkan ajaran Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda sehingga majoriti sahabat telah menjadi murtad.

Ø  Syi’ah mengatakan bahawa Nabi s.a.w. telahpun diberikan wahyu tentang peristiwa tersebut dan sangat sedih kerana orang-orang yang hampir dengannya bahkan merupakan mertua dan menantunya adalah munafik pada hakikatnya.

Ø  Syi’ah telah menghina Rasulullah s.a.w. kerana menuduh baginda tidak menyampaikan segala yang diwahyukan kepadanya bahkan tidak melakukan apa-apa tindakan untuk memastikan agama Allah yang dibawa olehnya tidak akan diselewengkan.

Ø  Syi’ah telah menuduh Rasulullah s.a.w. bersikap nifak dan tidak menjelaskan perkara sebenar kerana tetap membuat hubungan baik dengan sahabat-sahabat baginda terutamanya tiga khalifah walaupun telah diberitahu oleh Allah ta’ala tentang kejahatan mereka bertiga yang akan memesongkan ajaran baginda.

No comments: