Pages

Sunday, December 5, 2010

Jolie pertahan filem sentuhan pertama




2010/12/05

Angelina Jolie
Angelina Jolie
LOS ANGELES: Bintang Hollywood Angelina Jolie menjawab kritikan terhadap filem arahan pertamanya, menyatakan ramai memuji jalan cerita filem itu yang berkisar kisah percintaan di antara seorang lelaki Serbia dan wanita Bosnia ketika memuncaknya perang Balkan pada 1992-95. 

Bercakap di Paris sebelum tayangan perdana filem komedi romantik The Tourist, minggu depan, yang dibintanginya bersama Johnny Depp, Jolie berkata beliau tidak berniat mencetuskan kontroversi dengan mengarahkan filem berlatarkan perang Bosnia.Mangsa keganasan seksual Bosnia ketika 1990-an menulis kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pemenang Oscar itu tidak layak menjadi duta muhibah badan dunia berkenaan berikutan tidak mempunyai pengetahuan mengenai konflik etnik Bosnia.
“Hanya seorang individu yang tidak puas hati, filem itu mendapat sokongan padu penduduk, pelakon, Perdana Menteri dan Presiden,” katanya sambil menambah 95 peratus pelakon filem itu pernah melalui zaman perang. 

Pasukan produksi filem berkenaan terpaksa membatalkan beberapa adegan penggambaran di Bosnia dan dilakukan di Budapest selepas seorang menteri Bosnia membatalkan permit penggambaran Oktober lalu, berikutan kertas kerja filem terbabit didakwa tidak lengkap. 

Tindakan itu dibuat selepas menteri berkenaan bertemu dengan beberapa wanita yang menjadi mangsa perang Bosnia yang membantah skrip filem terbabit. – Agensi 

No comments: