Pages

Saturday, November 20, 2010

KHASIAT ZIKIR ASMA UL-HUSNA..


   Asma ul-Husna adalah nama-nama Allah yang Agung dan Suci.Rasulullah SAW banyak menyebut di dalam hadis-hadis baginda berkenaan kemuliaan dan kebesaran asma ul-Husna .Di dalam al-Quran juga disebutkan tentang kemuliaan dan pelbagai fadhilat asma ul-Husna.
Firman Allah:
"Dan Allah mempunyai nama -nama yang baik(yang mulia)maka seru lah (dan berdoalah)kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu..."(Al-A'raf:180)


ANTARA ZIKIR ASMA UL -HUSNA YANG BOLEH DIAMALKAN

1. YA ALLAH-Allah ,nama yang Maha Agung dan Mulia,sebutlah 5000x dengan khusyuk dan tertib setiap hari untuk memiliki rohani yang bersih.


2.YA RAHMAN-Yang bererti maha pemurah,zikir 500x sesudah solat lima waktu,kita akan menjadi lebih pengasih ,terang hati dan tidak mudah pelupa diusia senja.


3.YA MALIK-Yang bererti  yang mempunyai kerajaan,zikir 121x setiap hari ,kita akan dihargai orang secara wajar dan kehidupan sentiasa dalam kecukupan.


4.YA RAHIM-Yang bererti maha penyayang,zikir 100x setiap hari  akan menjadikan kita seorang penyayang dan mudah disayang.


5.YA QUDDUS-Yang bererti yang maha suci,zikir 100x setiap hari selepas tergelincir matahari,hati akan lebih bersih dari kesombongan ,iri hati dan hasad dengki.


6.YA SALAAM-Yang bererti maha menyelamatkan,zikir 136x setiap hari,insya Allah penyakit yang dideritai akan sembuh,jika dibacakan kepada orang sakit juga akan sembuh.


7.YA MUKMIN-Yang bererti maha pemelihara keamanan,zikir sebanyak 136x setiap hari mendidik diri sendiri dan usaha amankan diri dari lingkungan perbuatan jahat.


8.YA MUHAIMIN-Yang bererti maha memelihara,zikir sebanyak mungkin agar kita sentiasa diawasi Allah dari perbuatan jahat dan memiliki hati yang bersih.



9.YA AZIZ-Yang bererti  maha mulia,zikir 40 kali setiap selesai solat subuh selama 40 hari,akan mendapat pertolongan Allah dalam hidup.


10.YA JABBAR-Yang bererti maha perkasa,zikir 266x setiap pagi dan petang,orang yang memusuhi kita tidak berdaya  dan akan tunduk atas pertolongan Allah.



<span>INILAH DIANTARA ZIKIR SERTA KHASIATNYA YANG BOLEH DIAMALKAN,DIINGATKAN AMALAN ZIKIR WAJIB DILAKUKAN DENGAN NIAT YANG IKHLAS SERTA SECARA BERTURUT-TURUT,KHASIATNYA TERJADI DENGAN IZIN ALLAH.</span>






Share

No comments: