Pages

Friday, November 12, 2010

Asap misteri didakwa daripada pesawat


RAKAMAN video yang disiar stesen KCBS/KCAL pada Isnin lalu menunjukkan garisan asap yang disyaki peluru berpandu di California. - AP


LOS ANGELES 11 Nov. - Pakar Pentagon dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, asap yang didakwa terbentuk daripada peluru berpandu di ruang udara selatan California semalam, sebenarnya dilepaskan daripada sebuah pesawat.
Kepulan asap yang dirakam oleh sebuah helikopter stesen televisyen swasta KCBS itu mencetuskan kegemparan, sekali gus mengundang ulasan di Internet tentang kemungkinan serangan peluru berpandu sulit ke atas Amerika Syarikat (AS).
Jurucakap Jabatan Pertahanan, Kolonel Dave Lapan berkata, pegawai yakin kepulan asap itu dilepaskan daripada sebuah pesawat yang kemudian disalah anggap sebagai asap peluru berpandu akibat kesan sudut kamera, angin atau faktor persekitaran lain.
Katanya, pakar tentera meneliti video tersebut dan memberitahu agensi-agensi kerajaan asap itu mungkin terhasil daripada pelancaran peluru berpandu, namun tiada laporan diterima tentang sebarang pelancaran senjata terbabit.
Kesimpulan yang dibuat Pentagon dan NASA itu turut disokong Pengarah Bersekutu Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden NASA di Gurun Mojave, Al Bowers dan saintis kanan Pusat Penyelidikan Langley NASA di Virginia, Patrick Minnis yang menjalankan kajian tentang 'remote sensing' permukaan atmosfera dan Bumi.
"Ia nampak seperti kepulan asap yang terhasil daripada peluru berpandu tetapi gerakan asap itu membuatkan saya agak sangsi. Jadi saya membuat kesimpulan ia mungkin terhasil daripada pesawat," kata Bower.
Jurukamera KCBS-TV, Gil Leyvas ternampak kepulan asap tersebut di barat laut Pulau Catalina semasa sedang merakam matahari terbenam dari sebuah helikopter pada kira-kira pukul 5.15 petang waktu tempatan, semalam. - AP

No comments: