Pages

Sunday, November 21, 2010

2,000 janin ditemui dalam bilik kuil





2010/11/21

BUNGKUSAN plastik mengandungi janin yang ditemui di sebuah kuil Buddha di Bangkok, Selasa lalu.
BUNGKUSAN plastik mengandungi janin yang ditemui di sebuah kuil Buddha di Bangkok, Selasa lalu.
BANGKOK: Lebih 2,000 janin yang sudah mati ditemui dalam sebuah bilik di kuil Buddha di sini yang diletakkan di atas lantai tanah dan disusun dengan teliti. 
Pihak berkuasa Thailand percaya janin berkenaan disembunyikan sejak setahun lalu dan adalah hasil kegiatan pengguguran haram.
Bau busuk menimbulkan kecurigaan pihak polis lalu memeriksa kuil di bandar lama ibu kota ini, Selasa lalu. Pada mulanya mereka menemui 300 janin yang sudah mati tetapi selepas mengadakan pemeriksaan lanjut lebih banyak janin ditemui Jumaat lalu, kata Leftenan Kolonel polis, Kanathud Musiganont.

Pihak berkuasa kesihatan, polis dan pekerja kebajikan mengira janin terbabit, meletakkan setiap satunya dalam sebuah beg plastik putih yang dicap nama badan kebajikan menggunakan tulisan Thai dan Cina. 

Ketika janin itu dikumpul, penganut Buddha meninggalkan susu dan pisang untuk roh mereka. 

Pengguguran diharamkan di Thailand kecuali dengan tiga syarat iaitu dirogol, kehamilan menjejaskan kesihatan atau janin cacat. 
Walaupun Thailand menjadi tempat utama industri seks aktif, ramai penduduk Thailand masih konservatif terhadap isu seksual dan aktivis Buddha terutama membantah kebebasan undang-undang pengguguran. 

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk menghalang pengguguran haram namun kerajaannya tidak akan mengkaji semula undang-undang itu. 

Katanya, kerajaannya sudah membincangkan perkara itu dan percaya undang-undang sedia ada wajar dan cukup fleksibel. 

Beberapa orang ditahan dalam kes pembuangan janin di kuil terbabit termasuk dua pengurus mayat kerana menyembunyikan mayat untuk menutup punca kematian dan seorang kakitangan klinik pengguguran atas dakwaan mengurus sebuah klinik tanpa lesen dan melakukan pengguguran. 

Setiap seorang pengurus mayat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun dan denda 2,000 baht (RM208.57) manakala kakitangan klinik yang mengaku menghantar janin kepada pekerja bilik mayat sejak awal tahun ini mungkin berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda 10,000 baht (RM1,036.63). 

Suchart Poomee, 38, seorang daripada pengurus mayat yang disoal, mengaku dia mengumpul janin itu sejak November 2009. 

Kolonel polis, Sombat Milintachinda, berkata janin yang ditemui kelmarin disembunyikan dalam tempoh agak lama berbanding yang ditemui awal minggu ini. – AP

No comments: