Pages

Thursday, October 14, 2010

Proton perkenal Inspira berharga RM79,888

SEORANG lelaki melihat model baru keluaran Proton Holding Berhad, Proton Inspira, yang akan menggantikan Waja pada anggaran harga jualan RM79,888 bagi model kelas bawah dan tidak melebihi RM95,000 bagi model peringkat tinggi. Model ini ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter, 2.0 liter dan tempahan boleh dibuat mulai hari ini. - Foto Syed Abdullah Syed Nordin


14/10/2010 7:59pm

SUBANG – Proton Holdings Bhd. memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana “Inspira”, dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.
"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti,” kata Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di sini.
Beliau berkata, model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).
Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya.
"Daripada pandangan syarikat ia lebih murah,” katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.
"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC,” katanya.
Tempahan bermula hari ini dengan fi minimum RM1,000.
Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 November akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama. – Bernama

No comments: