Pages

Tuesday, October 5, 2010

Pintu pesawat British Airways longgar




GAMBAR menunjukkan pintu belakang pesawat British Airways yang longgar (dalam bulatan) sebelum ia mendarat cemas di Lapangan Terbang Heathrow, London kelmarin.


LONDON - Sebuah pesawat syarikat penerbangan British Airways yang membawa 296 penumpang dan 15 krew mendarat cemas di Lapangan Terbang Heathrow di sini selepas pintu belakangnya longgar, lapor sebuah akhbar semalam.
Pesawat itu yang menuju ke New York terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang tersebut kelmarin selepas isyarat di kokpit menunjukkan terdapat masalah pada salah satu pintu.
Menurut jurucakap British Airways, pesawat itu sempat berada di udara selama 11 minit dan pihaknya akan melakukan siasatan berhubung insiden itu.
"Saya sedang terbang bersama tunang saya dan saya melihat asap di bawah sayap," kata seorang penumpang, Hanna Evershed. - Agensi

No comments: