Pages

Thursday, October 21, 2010

Penunjuk perasaan di depan istana Presiden





ANGGOTA-ANGGOTA polis bertempur dengan penunjuk perasaan dekat Istana Presiden di Jakarta semalam.




JAKARTA - Beratus-ratus penunjuk perasaan antipemerintah membaling batu dan kayu ke arah anggota-anggota polis di luar istana Presiden Indonesia di sini semalam.
Lebih 150 pelajar membuat sekatan jalan di kawasan penduduk Menteng di tengah Jakarta dengan kayu dan menyerang polis yang cuba menyuraikan mereka.
Beberapa pertempuran kecil berlaku antara polis manakala persekitaran istana itu diselubungi asap gas pemedih mata.
Tunjuk perasaan yang bertukar ganas itu diadakan pada hari ulang tahun pertama pelantikan Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua.
Mereka membantah pemerintahan Susilo yang dianggap gagal menunaikan janji-janji sebelum ini termasuk membanteras rasuah dan melindungi hak rakyat.
Sementara itu, beberapa perhimpunan antipemerintah melibatkan beribu-ribu penunjuk perasaan turut diadakan di Bandung, Surabaya Palu dan Bogor semalam. - AFP

No comments: