Pages

Thursday, October 7, 2010

Penduduk kesal rumah bocor



JOHOR BAHRU – Penduduk Blok 19 rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tebrau, Taman Desa Mutiara, di sini, meluahkan rasa kecewa terhadap pihak pengurusan kawasan berkenaan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi sejak mula berpindah ke bangunan berkenaan. 

Perasaan itu timbul selepas mendakwa hidup mereka kini berada dalam kebimbangan berikutan pelbagai masalah yang terpaksa dihadapi membabitkan struktur bangunan kediaman masing-masing. 

Difahamkan, rumah pangsa itu menjadi pilihan kerana menawarkan kadar sewa rendah sebanyak RM124 sebulan bagi seunit kediaman sekali gus memberikan keistimewaan kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan tempat berteduh. 

Suri rumah, Hayati Ibrahim, 37, berkata, rumah yang diduduki sejak Jun lalu mengalami keretakan pada dinding sehingga air hujan menitis setiap kali hujan lebat dipercayai berpunca daripada masalah kebocoran pada atap bangunan. 

Menurutnya, keadaan bertambah perit apabila persiapan menyambut Aidilfitri terjejas apabila titisan air hujan yang membasahi dinding turut menjejaskan perabot.

No comments: