Pages

Friday, October 22, 2010

Pelajar kolej gagal dikesan




2010/10/22

Balqis Azman
Balqis Azman
IPOH: Seorang pelajar wanita kolej kejururawatan swasta di sini, Balqis Azman, 18, dilaporkan hilang sejak 30 September lalu. 

Ibunya, Noorlela Abd Rahman, 37, berkata anaknya dipercayai hilang selepas selesai menjalani latihan praktikal di Taiping.Katanya, dia hanya menyedari kehilangan anaknya selepas mahu menjemput Balqis di rumah sewanya di Kampung Boyan, Taiping 4 Oktober lalu.Beliau berkata, pengurusan kolej berkenaan di Kawasan Perindustrian IGB, di sini memaklumkan Balqis pulang sendirian dari Taiping pada hari berkenaan. 

“Bagaimanapun, Balqis tidak pulang ke rumah kami di Kampung Kepayang, Fair Park di sini. Saya dan suami, Azman Sulaiman juga gagal menghubungi telefon bimbit Balqis,” katanya di sini, semalam. 

Noorlela berkata, kali terakhir dia bertemu Balqis ketika menghantar anaknya di rumah sewa di Kampung Boyan pada 13 September lalu. 

Katanya, anaknya dipercayai hanya mempunyai RM20 yang dikeluarkan daripada mesin juruwang automatik sehari sebelum dilaporkan hilang. 
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Balqis diminta menghubungi Noorlela di 014-2527050 atau Azman 012-5894347. 

No comments: