Pages

Sunday, October 3, 2010

Patung Hrithik di London



HRITHIK ROSHAN


BINTANG super Bollywood, Hrithik Roshan telah terbang ke London bersama isterinya untuk proses pengukuran badannya sebelum patung figuranya dipertontonkan di muzium lilin Madame Tussauds.
Sebelum ini, bintang popular Amitabh Bachan, Shahrukh Khan dan Aishwarya Rai terlebih dahulu telah dipatungkan di muzium tersebut.
Kini tiba masanya untuk pelakon kacak Bollywood tersebut menjadi tontonan ramai di luar negara. Hrithik pergi ke London bersama isterinya, Sussanne Khan dan pendandannya, Anaita Shroff Adajania.
Melalui laman sosial Twitter miliknya, Hrithik menulis bahawa dia kini ditemani isterinya dan pendandannya yang disifatkan sebagai ketua. Isteri Hrithik dikatakan sangat teruja untuk melihat figura suaminya dijadikan patung lilin di London.

No comments: