Pages

Wednesday, October 6, 2010

Berlian AS$38j dilelong



GENEVA 5 Okt. - Sebutir berlian berwarna merah jambu yang jarang ditemui bernilai lebih AS$38 juta (RM118 juta) akan dilelong di Geneva pada bulan depan.
Menurut firma lelong Sotheby, kerana harganya yang mahal, berlian seberat 24.78 karat itu mendapat gelaran 'berlian paling diidami di dunia'.
Berlian yang juga dikenali sebagai Berlian Merah Jambung Paling Istimewa ini didatangkan bersama sebentuk cincin dan merupakan koleksi peribadi.
Batu permata yang merupakan antara paling bernilai daripada jenisnya itu hanya mempunyai dua peratus berlian dan kali terakhir dilihat dipasaran kira-kira 60 tahun lalu ketika dijual oleh jauhari legenda Amerika Syarikat (AS), Harry Winston.
"Sepanjang 35 tahun bersama Sotheby, saya mempunyai peluang menilai banyak batu permata yang mengkagumkan dan jarang ditemui, tetapi ini merupakan yang paling dingini dan pernah saya lihat.
"Berlian ini sangat istimewa kerana gabungan warnanya yang luar biasa dan ketulenannya dalam bentuk zamrud klasik seperti gaya pemotongan biasa berlian putih," kata pengerusi jabatan jauhari antarabangsa Sotheby Eropah dan Asia Barat.
Sotheby menjangkakan berlian itu akan dijual pada harga antara AS$27 juta hingga AS$38 juta (RM84 juta hingga RM118 juta) semasa majlis lelong pada 16 November ini. - AFP

No comments: