Pages

Friday, September 3, 2010

Tentera Israel diberi lesen membunuh



AMMAN - Tentera komando Israel yang menyerang kapal konvoi Freedom Flotilla ke Gaza diberikan lesen untuk membunuh aktivis kemanusiaan. 

Kenyataan itu dikeluarkan Ahli Parlimen Israel, Haneen Zuabi yang memberi keterangan kepada siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai serangan berdarah, 31 Mei lalu. 

"Saya memberitahu kepada penyiasat PBB di Amman bahawa serangan Israel bersifat ganas sejak dari mula, dan tenteranya jelas mempunyai lesen untuk membunuh aktivis. 

"Mereka (tentera Israel) juga tidak langsung mencuba untuk menghalang pertumpahan darah daripada berlaku," katanya. 

Beliau berada di atas kapal Mavi Marmara bagi memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. 

Haneen mencetuskan kemarahan di Israel dan dihina ahli parlimen lain selepas mengambil bahagian dalam konvoi kemanusiaan itu.

No comments: