Pages

Wednesday, September 22, 2010

Lapangan terbang di Taif, Jazan

JEDDAH: Pihak berkuasa Jabatan Penerbangan Awam (Gaca) mengumumkan rancangannya untuk membina dua lapangan terbang baru di Jazan dan Taif, semalam.
Lapangan terbang berkenaan bakal dilengkapi kemudahan teknologi tinggi sebagai memenuhi permintaan pelanggan bagi penerbangan domestik dan antarabangsa yang semakin meningkat. Presiden Gaca, Abdullah Rehaimi berkata, kajian sedang dilakukan bagi pembinaan lapangan terbang berteknologi tinggi itu. Lapangan terbang baru di Jazan akan mengambil nama sempena nama penjaga dua Masjid Suci, Raja Abdullah dan bakal dibangun berhampiran bandar raya perniagaan itu. Lapangan Terbang Raja Abdullah dijangka mampu menampung tiga juta penumpang udara dalam setahun. Projek pembinaannya akan ditawarkan kepada syarikat yang layak pada tahun hadapan selepas pelan pembangunannya siap direka. Ia akan dibina di Bandaraya Perniagaan Jazan (JEC) yang dibangun Kumpulan Binladin Saudi dan Perbadanan MMC Malaysia. Lapangan Terbang Taif yang baru pula akan dibina 30 kilometer arah timur laut bandar peranginan itu iaitu 70 kilometer dari Makkah dan 160 kilometer dari Jeddah bagi memenuhi keperluan jutaan jemaah yang mengunjungi Arab Saudi setiap tahun.

No comments: