Pages

Wednesday, September 29, 2010

Ladang keluar tiga juta buah labu





GAMBAR menunjukkan David Bowman duduk di atas timbunan buah labu di ladangnya di Spalding, Britain.



SPALDING, Britain - Sebuah ladang milik David Bowman di sini mengeluarkan tiga juta buah labu untuk digunakan pada perayaan yang sinonim dengan perayaan hantu, Halloween, lapor sebuah akhbar semalam.
Pekerja-pekerja di ladangnya perlu memproses kira-kira 100,000 buah labu pada setiap hari semasa prose menuai selama 30 hari.
Bowman yang berumur 62 tahun dan mempunyai 37 tahun pengalaman menanam buah labu mengaku dia tidak sabar-sabar untuk menanti musim menuai berakhir pada 1 November ini.
"Kami amat sibuk buat masa ini untuk melakukan apa saja untuk Halloween dan saya akan berasa gembira apabila semuanya berakhir pada November yang pertama," katanya.
Labu-labu ditanam di ladangnya yang seluas kira-kira 203 hektar. - Agensi

No comments: