Media tempatan turut melaporkan seramai 40 orang terbunuh dalam kejadian banjir akibat hujan lebat yang luar biasa menyebabkan paras air sungai dan empangan meningkat di Sokoto di bahagian utara Nigeria.
Wakil jurucakap kepada Gabenor Jigawa, Sule Lamido, Umar Kyari berkata, seramai dua juta penduduk terpaksa dipindahkan berikutan banjir yang melanda di kawasan itu sejak dua minggu lalu.
Pada masa ini, Nigeria berhadapan dengan krisis kekurangan bekalan makanan kerana mereka juga adalah pembekal hasil pertanian kepada negara-negara di Afrika.
No comments:
Post a Comment