Pages

Sunday, September 12, 2010

Kuda Melompat Apabila Melihat Malaikat Turun Dari Langit


Sahabat Rasulullah SAW, Usaid membaca Al-Quran disampingnya kuda yang  menjerit dan melompat  kerana dapat melihat Malaikat turun disaat Usaid membaca Al-Quran.
Usaid tidak dapat meneruskan bacaan Al-Quran kerana bimbang kuda disampingnya melompat sehingga membunuh anaknya yang kecil di sisinya.
Usaid mengkhabarkan kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW memberitahu kepadanya, jika engkau teruskan bacaan pasti malaikat akan turun dan memui kamu serta kamu akan bertemu dengan malaikat.
Nota :
Saya amat bercita-cita untuk menyebarkan Ilmu Allah SWT tetapi suasana di budaya Malaysia yang tidak cintakan Ilmu Allah SWT, tidak ada insan yang sanggup berkorban dan bersusah-payah untuk Allah SWT serta berkorban harta pada jalan Allah SWT, jika ada pun hanyalah bersemangat kerana politik, maksud saya, jika ada usaha insan-insan mulia yang menterjemahkan kuliah-kuliah agama daripada negara-negara arab yang amat berfaedah ke dalam CD dan disebarkan secara percuma kepada masyarakat umum tanpa berpihak kepada mana-mana politik tetapi hanyalah demi kemuliaan wajah Allah SWT serta kesucian agama Islam yang Maha Suci, atau ada insan mulia yang sanggup berkorban harta benda membina studio untuk berlumba-lumba mengejar pahala Allah SWT pasti saya amat gembira.
Betapa banyaknya ilmu Allah SWT yang belum disebarkan kepada manusia dalam bahasa-bahasa manusia ciptaan Allah SWT yang amat luas.
Saya merasa, saya berdosa jika saya tidak menyampaikan ilmu-ilmu Allah SWT kepada semua pihak,  sedangkan  saya memahami sedikit ilmu Allah SWT melalui bahasa arab yang saya fahami.
Ya Allah..ampunlah dosa ku kerana lemah dan tidak berkemampuan untuk menyebar agama Mu Ya Allah SWT yang ku sembah dan sujud dalam hidupku di dunia dan Akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin….
هذه قصة أسيد بن حضير, يرويها الشيخ نبيل العوضي حفظه الله حيث يتكلم عن أهمية قراءة القرآن. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه) كما ينبغي عند قراءة القرآن أن يتدبّر القارئ ويتأمل في معاني القرآن فهنالك من يختم القرآن ولا يفهم منه شيئاً ولا يتأثر به وتجده يختم القرآن أكثر من مرة ولكنه يستمر في أكل الربى وانتهاك حقوق الناس. كذالك ينبغي أن نخشع عند قراءة القرآن وأن نتأثر بآياته. كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يبكي عند تلاوته للقرآن لأنه كان يعيش مع القرآن وكان يتدبر كلام الله عز وجل. استمع الى قصة أسيد بن حضير رضي الله عنه وما حصل له في تلك الليلة عندما جلس يتلو القرآن في جوف الليل.

No comments: