Pages

Tuesday, August 31, 2010

Serangan bom di stesen TV Bangkok





2010/08/31

BANGKOK: Sebutir bom meletup di stesen televisyen milik kerajaan, National Broadcasting Television (NBT), di sini hari ini, serangan ketiga di bandar raya ini dalam tempoh sebulan. 

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Ongart Klampaiboon, berkata polis sedang menyiasat jenis bom yang digunakan dalam serangan pada 1.20 tengah hari waktu tempatan (2.20 petang waktu Malaysia).
Tiada kecederaan dilaporkan dalam serangan di tempat letak kenderaan stesen berkenaan, bagaimanapun lima buah kereta musnah.
Pemangku jurucakap kerajaan, Dr Panitan Wattanayagorn, berkata insiden itu berlaku disebabkan terdapat beberapa kumpulan yang tidak mahu demokrasi dipulihkan di negara ini. 

Bangkok dan enam wilayah lain diletakkan dalam keadaan darurat sejak awal April ekoran beberapa siri tunjuk perasaan anti kerajaan dan pergolakan yang mengakibatkan 91 orang terbunuh manakala 1,800 lagi cedera. 

Jumaat lalu, seorang pengawal keselamatan cedera parah selepas sebutir bom tangan meledak di Kompleks Bebas Cukai King Power di sini, manakala sebutir lagi meletup bertentangan kompleks itu berhampiran Victory Monument pada 30 Julai, mengakibatkan seorang pencari barang yang dibuang cedera parah. - BERNAMA

No comments: