Pages

Monday, July 26, 2010

Polis akan siasat wanita terkaya Perancis


LILIANE BETTENCOURT


PARIS - Polis akan menyoal siasat seorang menteri dan wanita terkaya Perancis minggu ini melibatkan satu saman membabitkan waris syarikat kosmetik L'Oreal, Liliane Bettencourt.
Beberapa pegawai polis kewangan akan menyoal Bettencourt sebagai sebahagian daripada satu siasatan yang melibatkan anak perempuan wanita terkaya itu.
Polis akan turut menyoal siasat Menteri Buruh, Eric Woerth yang juga seorang bendahari parti politik pimpinan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy.
Namun, Woerth menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa dia menerima sumbangan wang haram daripada Bettencourt.
Wanita terkaya itu akan menemui polis di rumahnya ekoran permintaan daripada pejabat pendakwa raya di pinggir Partis, Nanterre. - AFP

No comments: