Pages

Monday, July 26, 2010

24 jam awasi 'laluan sakaratulmaut'



TEMERLOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenalpasti beberapa ‘laluan sakaratulmaut’ di negara ini yang kerap berlaku kemalangan maut untuk membendung kemalangan jalan raya setiap kali menjelang musim perayaan. 

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Salim Parlan berkata, JPJ menamakan jalan itu sebagai sakaratulmaut kerana mahu mengubah sikap dan minda pemandu yang gemar memandu secara berbahaya di kawasan itu. 

Menurutnya, bagi menjayakan pendekatan atau kaedah terbaru itu pihaknya memerlukan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah itu. 

“Pihak kami mengarahkan JPJ setiap negeri mengenalpasti jalan sakaratulmaut dan memulakan rondaan serta pengawasan sejak bulan lalu sebagai persediaan praperayaan dan menumpukan jalan itu seminggu sebelum tibanya Aidilfitri dan seminggu selepasnya. 

“Mana-mana pemandu yang memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan sebagainya akan disaman serta-merta. Kawasan itu akan diawasi 24 jam,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mewakili Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Solah Mat Hassan merasmikan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) peringkat Negeri Pahang, di Felda Jengka 25, di sini, semalam. 

Daripada 484 peserta, 478 berjaya mendapatkan lessen memandu percubaan kelas B2 (motosikal) terdiri daripada 332 warga emas Melayu, seorang warga emas India dan 145 Orang Asli dengan bayaran RM160. 

Ditanya mengenai penguatkuasaan menjelang Aidilfitri ini, Salim berkata, pihaknya tumpu pada 39 terminal bas kerana pengankutan awam menjadi pilihan ramai.

No comments: