Pages

Friday, July 30, 2010

Perakam video 3D pertama pengguna


PERAKAM video digital SDT750 dengan lensa penukaran 3D dipertonton kepada media di Tokyo, kelmarin. - AP


TOKYO 29 Julai - Gergasi elektronik Jepun, Panasonic Corp. semalam memperkenalkan produk yang di sifatkan sebagai perakam video peng guna pertama di dunia yang mem bolehkan sesiapa sahaja membuat rakaman tiga dimensi menggunakan lensa khas.
Panasonic yang sebelum ini me lancarkan perakam video 3D untuk kegunaan profesional berkata, per alatan baru HDC-SDT750 itu akan dilancarkan pada 20 Ogos ini di Je pun.
Menggunakan lensa penukaran 3D, ia merakam imej mata kiri dan mata kanan secara serentak untuk menghasilkan imej stereoskopik yang boleh dimainkan semula menggu nakan televisyen 3D.
Ia akan dijual di pasaran luar hu jung tahun ini pada harga anggaran AS$1,399.95 (RM4,470).
Perakam video itu juga mampu merakam imej definisi tinggi apabila lensa 3D tidak dipasang, selain di lengkapi ciri rakaman selang masa yang boleh memainkan babak seperti bunga berkembang pada kelajuan tinggi.
Industri hiburan dan teknologi ki ni banyak mengambil kesempatan atas kemajuan 3D yang semakin ba nyak digunakan, terutama selepas ke jayaan besar filem Avatar. - AFP

No comments: