Pages

Friday, July 30, 2010

Pemberi maklumat Afghanistan dalam bahaya


KABUL 29 Julai - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai (gambar) hari ini mengutuk pendedahan nama pemberi maklumat tempatan dalam fail rahsia tentera Amerika Syarikat (AS) yang dibocorkan laman web WikiLeaks.
Perbuatan 'tidak bertanggungjawab' itu boleh mengancam nyawa pemberi maklumat berkenaan, kata Karzai.
"Saya mendapat tahu perkara ini semalam iaitu nama- nama rakyat Afghan yang bekerjasama dengan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut didedahkan dalam dokumen itu," tegas beliau.
Pengasas Wikileaks, Julian Assange berkata, dokumen itu telah diperiksa bagi memastikan tiada nama pemberi maklumat dan 15,000 dokumen sedemikian tidak disiarkan.
Namun akhbar Britain, Times melaporkan, hanya selepas dua jam meneliti dokumen tersebut, pihaknya menemui nama berpuluh rakyat Afghanistan yang dikatakan menyalur maklumat perisikan kepada tentera AS.
Pentagon juga berkata, pemberi maklumat yang namanya tertera dalam dokumen itu mempunyai sebab untuk merasakan nyawa mereka terancam.
Jurucakap Pentagon, Kolonel David Lapan berkata, sekurang-kurangnya seorang warga Afghan yang namanya didedahkan sudah pun membuat aduan kepada pegawai AS di Afghanistan. - AFP

No comments: