Pages

Thursday, July 22, 2010

Dua pejuang Palestin terkorban, 10 cedera dalam serangan pengganas Israel


22/07/2010 2:52am

GAZA CITY, Palestin 22 Julai - Dua pejuang Palestin terkorban manakala 10 yang lain cedera dalam serangan tentera pengganas rejim zionis Israel di selatan Genting Gaza semalam, menurut pasukan perubatan dan para saksi.
Ketua Perkhidmatan Kecemasan Gaza, Dr. Muawiya Hassanein mengesahkan angka tersebut dan berkata dua daripada mereka yang cedera dalam keadaan serius.
Menurut jurugambar AFP yang berada dekat hospital berkenaan, kebanyakan mangsa serangan tentera pengganas rejim zionis adalah kanak-kanak.
Namun tentera pengganas zionis seperti biasa mendakwa, mereka melepaskan tembakan ke arah beberapa suspek yang kelihatan cuba menghampiri sempadan di selatan Gaza.
Kumpulan Pejuang Jihad Islamik mengenalpasti mangsa pertama yang terkorban adalah salah seorang pejuang mereka yang dikenali sebagai Mohammed Al-Kafarna, 22 tahun. - AFP

No comments: