Pages

Wednesday, July 7, 2010

Bakar wang kertas tanda protes



Posted on the July 7th, 2010 under BeritaLuar Negara by Syedz
15/7

GUDRUN SCHYMAN membakar wang kertas pada satu protes di Visby semalam.
STOCKHOLM – Sebuah parti feminis di Sweden membakar wang sebanyak 100,000 kronor Sweden (RM41,892) sebagai tanda protes kerana bayaran gaji tidak adil terhadap pekerja wanita.
Parti Inisiatif Feminis menyatakan wang yang dibakar di Pulau Gotland semalam itu mewakili jumlah wang yang tidak diperoleh oleh pekerja wanita bagi setiap minit berbanding lelaki.
Pemimpin parti itu, Gudrun Schyman berkata: “Tindakan membakar 100,000 kronor mungkin kelihatan terdesak.”
Sweden cukup dikenali di peringkat antarabangsa kerana pencapaiannya dalam isu-isu gender.
Namun, kaum wanitanya masih memperoleh gaji lebih sedikit daripada pekerja lelaki.
Menurut agensi statistik kebangsaan, purata gaji pekerja wanita yang bekerja sepenuh masa pada tahun 2008 adalah 19 peratus lebih rendah daripada apa yang diperoleh oleh pekerja lelaki. – AP
kredit : kosmo.com.my

No comments: