Pages

Thursday, June 17, 2010

'Parti seks’ tiga beradik Kennedy

NEW YORK: Menurut dokumen dikeluarkan FBI semalam tiga beradik Kennedy didakwa mengadakan parti seks bersama Marilyn Monroe dan anggota kumpulan Rat Pack dipelopori Frank Sinatra.

MARILYN berbual mesra dengan Frank Sinatra (kanan) di pusat peranginan Cal Neva di Crystal Bay, Nevada sekitar tahun enam puluhan.
MARILYN berbual mesra dengan Frank Sinatra (kanan) di pusat peranginan Cal Neva di Crystal Bay, Nevada sekitar tahun enam puluhan.


Sumber kumpulan mafia memberitahu FBI bahawa geng penjenayah itu memperalatkan wanita yang disyorkan sekutu Sinatra untuk memalukan keluarga Kennedy.
Kumpulan mafia mengetahui bahawa John F Kennedy dan dua adiknya Robert serta Edward hadir ke sebuah parti yang diadakan di sebuah hotel di New York.

Turut hadir di parti itu ialah Marilyn, kumpulan Rat Pack iaitu Frank Sinatra, Sammy Davis Jr dan Peter Lawford serta isteri Lawford, Patricia Kennedy yang juga adik tiga beradik berkenaan.

Kumpulan mafia mahu wanita yang dibawa sekutu Sinatra itu mengambil kesempatan ke atas Robert dan Edward serta Lawford.

Sandiwara yang memalukan itu sepatutnya diadakan di kediaman khas John di Hotel Carlyle di Manhattan.

Hotel Carlyle dikenali sebagai ‘Rumah Putih New York’ ketika pemerintahan Presiden Kennedy.

John dikhabarkan menghabiskan malamnya di kediaman khas berkenaan bersama Marilyn selepas pelakon itu mendendangkan lagu ‘Selamat Ulang Tahun’ ketika sambutan ulang tahun John yang ke-45 pada 1962 di Madison Square Garden.

Menurut sumber itu lagi kumpulan samseng mafia mahu memalukan Robert ekoran usahanya membanteras jenayah terancang di New York ketika dia memegang jawatan Ketua Pendakwa Raya Amerika pada 1961 hingga 1964.

Maklumat itu hanya bocor pada Julai 1965 iaitu dua tahun selepas pembunuhan Presiden Kennedy dan FBI juga tidak menjalankan siasatan. Fail mengenai maklumat itu disimpan di pejabat FBI di Milwaukee dan mengandungi memo yang mengatakan seorang janda kaya juga terbabit dalam parti berkenaan.

Menurut laporan dalam memo itu, Jacqueline Hammond,40, tahu mengenai parti seks itu. Jacqueline yang sudah bercerai dengan suaminya, bekas duta Amerika juga mempunyai bilik khas di Hotel Carlyle.
Presiden Kennedy dilaporkan menggunakan laluan khas untuk memasuki kediamannya di Hotel Carlyle bersama Marilyn untuk mengelak dijejaki pihak media. - Agensi

No comments: