Pages

Wednesday, June 2, 2010

Lamar kekasih di saluran pembetungan




STEVEN SPARKS dan Carolyn Payn.


MELBOURNE, Australia - Seorang lelaki di Australia, Steven Sparks mencipta kelainan apabila dia melamar teman wanitanya, Carolyn Payn di dalam saluran pembetung, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berusia 29 tahun itu terkejut tetapi menerima lamaran Sparks, 41, semasa mereka dan beberapa pelancong lain melawat rangkaian saluran pembetung lama di bandar ini.
"Sesiapa sahaja boleh membuat lamaran di Menara Eiffel, Paris atau semasa makan malam tetapi aksi sebegini ternyata unik," kata Sparks.
"Orang ramai pada kebiasaannya tidak menganggap saluran pembetung sebagai tempat yang romantik tetapi lamaran ini amat bermakna buat saya," tambahnya.
Pasangan kekasih dari bandar Brighton, Britain itu bagaimanapun, akan melangsungkan perkahwinan mereka seperti yang biasa dilakukan pasangan lain. - Agensi

No comments: