Pages

Monday, June 7, 2010

Kembar lahir selang empat tahun



BAILEY dan Megan Orrells merupakan pasangan kembar yang dilahirkan melalui IVF.


LUTON - Sepasang bayi kembar perempuan di Britain, Bailey dan Megan Orrells mencipta keajaiban apabila mereka dilahirkan selang empat tahun, masing-masing pada 2006 dan 2009, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan bayi kembar daripada embrio yang disenyawakan melalui rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) itu turut memecah rekod jarak kelahiran bayi tabung uji di Britain.
Kedua-dua bayi kembar itu berasal dari telur-telur terakhir ibu mereka, Jayne Orrells, sebelum dia menjalani pembedahan membuang rahim beberapa tahun lalu.
Lebih ajaib, pasangan kembar itu dipercayai dikandung oleh ibu tumpang yang sama.
Sebelum ini, tiga telur Jayne telah disenyawakan dengan sperma suaminya, Simon melalui IVF bagi menghasilkan tiga embrio dan kemudian dibekukan.
Satu daripada embrio itu dihamilkan oleh ibu tumpang berkenaan yang melahirkan Bailey pada 2006.
Bagaimanapun, pasangan suami isteri yang merupakan pegawai polis di sini, terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan simpanan embrio mereka bagi melahirkan Megan kerana tempoh hayat tiga embrio pasangan tersebut yang luput pada 2009.
"Kami tidak menjangka akan mendapat anak perempuan kembar dalam jarak empat tahun. Ia memang pelik. Rupa paras mereka seakan-akan sama. Wajah mereka sama tetapi Megan kelihatan lebih cerah," kata Jayne. - Agensi

No comments: