Pages

Sunday, June 27, 2010

Ekor punca Boeing lewat hantar tempahan

15/7


GAMBAR fail menunjukkan sebuah pesawat 787 yang sedang menjalani ujian penerbangan di Seattle.

SEATTLE – Selepas teruk dikritik pelbagai pihak, pengeluar pesawat terbesar dunia, Boeing Co. kelmarin mendakwa, kelewatan penghantaran ratusan model terbaru 787 disebabkan masalah pemasangan yang tidak sempurna pada bahagian ekor.
Dalam satu kenyataan kelmarin, firma Amerika Syarikat itu yang berpusat di sini berkata, mereka berjaya mengenal pasti sayap kecil untuk menstabilkan kedudukan ekor yang dibina pengeluar Alenia di Itali sebagai punca pesawat menjadi tidak seimbang.
“Setiap pesawat perlu diperiksa semula yang mengambil masa dua hari dan jika memerlukan kerja baik pulih, ia memakan tempoh waktu tambahan selama lapan hari bagi sebuah pesawat sebelum diberi kelulusan untuk terbang,” kata kenyataan itu.
Setakat ini, Boeing sudah mengeluarkan sebanyak 23 buah pesawat 787 yang terpaksa ditangguhkan penghantaran sehingga akhir tahun ini kepada puluhan syarikat penerbangan di seluruh dunia termasuk Penerbangan Malaysia (MAS). – Agensi
kredit : kosmo.com.my

No comments: