Pages

Sunday, May 2, 2010

RM1 bilion barang kemas Imelda dipamer

MANILA: Koleksi barang kemas milik bekas Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos, akan dipamerkan kepada orang awam untuk kali pertama selepas dirampas kerajaan beberapa dekad lalu.
Ketua sebuah agensi kerajaan yang mengendalikan khazanah Filipina, Ricardo Abcede, berkata orang ramai berpeluang melihat sendiri harta bernilai lebih RM1 bilion sebelum Presiden Gloria Arroyo berundur daripada jawatannya.
Barang kemas itu kini disimpan di dalam peti besi Bank Pusat negara berkenaan.

Abcede berkata, pameran itu dibuat bagi membuktikan bahawa koleksi terbabit masih dalam keadaan baik di bawah seliaan kerajaan Gloria.

“Antara koleksi barang kemas Imelda yang akan dipamerkan adalah anting-anting batu delima sebesar ibu jari dan rantai berlian 100 karat,” katanya semalam.

Barang kemas itu dirampas selepas suami Imelda, Ferdinand Marcos, digulingkan oleh kebangkitan rakyat pada 1986 memaksa mereka sekeluarga hidup dalam buangan di Amerika Syarikat.

Marcos mati Hawaii 21 tahun lalu. - AFP

No comments: