Pages

Sunday, May 2, 2010

Mayat tunggang motosikal





2010/05/01
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PUERTO RICO: Dia kelihatan seolah-olah akan memecut motosikal berkuasa tingginya untuk berlumpa di jalan raya.
Penunggang motosikal itu bagaimanapun tidak akan ke mana-mana kerana dia sudah mati.
Ini adalah cara penduduk Puerto Rica melihatkan kesedihan mereka terhadap kematian orang tersayang. Sebuah rumah mayat mempamerkan mayat David Morales Colon dalam keadaan yang hanya boleh disifatkan sebagai agak ganjil.

Tanpa menggunakan keranda, mayat Colon, 22, yang mati dibunuh Khamis lalu, didudukkan di atas motosikal Honda miliknya.

Pelawat, termasuk kanak-kanak berpusu-pusu mengunjungi rumah mayat itu di San Juan untuk mengambil gambar mayat Colon yang lengkap dengan pakaian menunggang, termasuk topi keledar, di atas motosikal yang disayanginya itu.

Pada 2008, rumah mayat berkenaan mengawetkan mayat seorang lelaki berusia 28 tahun, berdiri selama tiga hari. - Agensi

No comments: