Pages

Wednesday, May 12, 2010

Penilaian Yang Adil Terhadap Fahaman Wahhabi


 

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan, di bawah adalah pandangan dan penjelasan tentang fahaman 'wahhabi' oleh Us TMSTI. Artikal ini merupakan posting ke-3 mengenai 'wahhabi' dalam laman TasekPauh, dan kami yakin ia adalah satu penilaian yang adil mengenai topik ini. Sila baca sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang konklusi. Semoga artikal ini memberi manafaat kepada semua dan merapatkan jurang antara kedua-dua pihak; yang pro dan yang kontra, semata-mata atas dasar perpaduan ummah. Bersama-sama kita menegakkan Islam - zy. 

Fahaman Wahhabi, Satu Penilaian 
ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã¡ ÇáÍãÏ ááå ÑÈ ÇáÚÇáãíä¡ æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÃÔÑÝ ÇáÃäÈíÇÁ æÇáãÑÓáíä æÚáì Âáå æÕÍÈå ÃÌãÚíä¡ æÈÚÏ. 

“Fahaman Wahhabi yang mengetepikan amalan sunah umat Islam negara ini sejak turun temurun kini dikatakan menular di kalangan cerdik pandai muda. Kumpulan ini menolak amalan membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia, membaca Yasin, qunut, tahlil, talkin, berdoa, berzikir, ziarah kubur dan pelbagai lagi perkara harus dan sunat yang menjadi amalan Ahli Sunnah Waljamaah”. Ini Adalah keratan akhbar Mingguan Malaysia, 27 November lepas (2005). Ia merupakan sebahagian daripada pandangan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Antara katanya: “Fahaman Wahhabi mengambil pendekatan keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain”. 

Berdasarkan keratan-keratan akhbar ini, fahaman Wahhabi dianggap sebagai satu fahaman yang menyeleweng dan lari daripada landasan “Ahli Sunnah Waljamaah”. Kertas kerja ini akan menerangkan serba sedikit gambaran fahaman Wahhabi, moga-moga ia boleh menjadi asas kepada kita untuk menilai sendiri kebenaran atau kebatilan fahaman ini. 

Siapakan Golongan Wahhabi? 
“Mausuah al-Muyassarah Fil Adyan Wal Mazahib al-Mua’sorah” menamakan mereka sebagai kumpulan “Dakwah Salafiyyah” dan memperkenalkan mereka sebagai pencetus Harakah Islahiyyah (reformasi) yang timbul di hujung zaman kemunduran dan kejumudan pemikiran di dunia Islam. Ia adalah satu kumpulan yang menyeru supaya kembali kepada berpegang dengan Aqidah Islamiyyah dan asas-asasnya yang suci bersih. Ia juga mengajak supaya menyucikan Tauhid daripada sebarang unsur syirik. Dan mereka juga digelar sebagai Wahhabiyyah kerana dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu Muhammad bin Abdul Wahha[1]. Pada hakikatnya para penganut fahaman ini bukanlah satu kumpulan yang asing (terkeluar daripada Islam) bahkan mereka adalah satu kumpulan yang masih menjaga asas-asas Islam ataupun (boleh dikatakan juga bahawa) mereka adalah kaum muslimin yang bermazhab Hanbali, yang mana sandaran pegangan-pegangan mereka merupakan al-Qur’anul Karim dan juga Hadis Nabawi[2]. 

Kemunculan Fahaman Wahhabi 
Kumpulan ini muncul kerana keterlampauan dalam mentaqdiskan individu-individu tertentu dan keterlampauan dalam mengambil berkat dengan mereka dan mendekatkan diri dengan menziarahi kubur-kubur mereka[3]. Dr Muhammad Imarah menganggap kemunculannya adalah sebagai tunas kesedaran Islam dan sebagai petunjuk pertama kepada era baru umat Islam[4]. Beliau juga menganggap bahawa fahaman ini adalah kesinambungan aqidah salaf yang terdahulu yang bersumberkan nas dan dipelopori pada asalnya oleh Imam Ahmad bin Hanbal. 

Menurut kitab “al-Madkhal ila Dirasatil Adyan Walmazahib”, Wahhabiyyah ini muncul sebagai reaksi tindak balas kepada banyaknya perkara-perkara bid’ah yang tidak ada asalnya dalam agama. Timbulnya kumpulan ini untuk menentang bid’ah tersebut dan kumpulan ini menghidupkan ajaran Ibnu Taimiyyah. Pada hakikatnya mereka bukanlah satu kumpulan yang berasingan, bahkan mereka adalah sebahagian daripada kaum muslimin yang bermazhab Hambali, yang mana sandaran akidah mereka juga adalah al-Qur’anul Karim dan Hadis Nabawi. Tujuan mereka adalah untuk mengasaskan kerajaan Islam di atas asas-asas Syariah Islamiyyah. Mereka menolak fahaman Syiah dan menentang sagala bentuk bid’ah yang dibawa oleh golongan Syiah dan Sufiyyah[5]. 

Antara Wahhabiyyah Dan Salafiyyah 
Para penganut fahaman Wahhabi tidaklah menamakan diri mereka dengan gelaran Wahhabi, bahkan mereka lebih suka dengan gelaran Salafi[6]. Ini kerana pada pandangan mereka akidah dan amalan yang mereka perjuangkan tidaklah lari daripada cara para Salafussolih. Dan hakikat ini diakui oleh ramai ulamak dan pemikir-pemikir Islam. Sebahagian daripada mereka menganggap gelaran Wahhabi adalah gelaran daripada penentang fahaman mereka yang cuba menakut-nakutkan orang ramai dengan bahawa mereka adalah golongan sesat yang terkeluar daripada “Ahli Sunnah Wal Jamaah”[7]. Berkata al-Malik Abdul Aziz (pengasas Negara Arab Saudi dan pendokong fahaman ini, dan kata-kata ini merupakan khutbah yang diucapkannya pada 11/05/1929M, bersempena musim haji 1347H): “Mereka menamakan kita sebagai orang-orang Wahhabi dan mazhab kita adalah mazhab Wahhabi, dan menganggapnya sebagai satu mazhab yang lain. Ini adalah satu kesilapan besar yang timbul kerana kepercayaan kepada dakyah-dakyah palsu yang disebarkan oleh orang-orang yang bertujuan jahat. Kami bukanlah satu mazhab yang baru, ataupuhn akidah yang baru. Dan Muhamad bin Abdul Wahhab tidaklah membawa satu perkara yang baru, bahkan akidah kami adalah akidah para Salafussoleh yang berpandukan al-Qur’an, as-Sunnah dan juga fahaman Salafussoleh. Kami menghormati imam-imam mazhab yang empat dan tidak ada beza di sisi kami antara imam Malik, Syafie, Ahmad dan Abu Hanifah. Mereka semua adalah mulia pada pandangan kami…"[8]. 

Dan sebahagian mereka juga berkata bahawa nisbah yang paling tepat untuk mereka adalah “Muhammadiyyah” dan bukannya “Wahhabiyyah”. Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Baz (bekas Mufti Arab Saudi): “Gelaran yang sahih kepada mereka adalah al-Muhammadiyyah, kerana ini jelas membawa erti bahawa pengasas dakwah ini (fahaman ini) ialah Syeikh Muhammad dan bukannya ayahandanya Abdul Wahhab. Dan antara yang sangat pelik ialah kamu tidak akan dapati bagi galaran ini (Wahhabiyyah) sebarang kesan di Najd, bahkan orang-orang Najd mengengkari gelaran ini kepada mereka. Dan ini jelas menunjukkan bahawa gelaran ini adalah datang dari lpihak luar yang memusuhi dakwah ini…"[9]. 

Syeikh Al-Albani pula menyatakan gelaran Wahhabiyyah sebenarnya satu kemuliaan, kerana ia dinisbahkan kepada salah satu nama Allah SWT, iaitu "Al-Wahhab". (walaupun tujuan musuh menamakannya demikian untuk memburuk-burukkan mereka). Beliau juga menganggap faktor utama fitnah yang dilemparkan kepada golongan ini adalah masalah politik di zaman tersebut[10]. 

Pengasas Fahaman Ini 
Pengasas fahaman ini ialah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi (1115-1206H, 1703-1791M)[11]. Dilahirkan di al-Uyaynah, satu kampung yang memang dikenali di al-Yamamah di Najd, tenggara Bandar Riyadh. Beliau membesar dalam suasana keagamaan dan pada mulanya belajar dengan ayahandanya sendiri Syeikh Abdul Wahhab bin Sulaiman. Ayahandanya adalah Qadhi al-Uyaynah dan datuknya pula Syeikh Sulaiman merupakan seorang ulamak yang terkemuka di Najd. Beliau menghafal al-Quran sejak kecil lagi iaitu ketika berumur sepuluh tahun. 

Beliau merupakan seorang yang sangat cerdik, sehinggakan ayahandanya yang merupakan seorang Qadhi pernah menyatakan bahawa terdapat beberapa hukum hakam yang beliau ambil kefahaman daripada anaknya sedangkan anaknya itu masih belum baligh. Ayahandanya pernah menajdikannya imam solat semenjak umurnya dua belas tahun lagi. Setelah beliau pergi ke Mekah menunaikan haji, (dalam lingkunga umur 12 tahun), beliau sempat belajar dengan sebahagian ulamak-ulamak Masjidil Haram. Kemudian beliau menuju ke Madinah, dan belajar dengan Syeikh Muhammad Hayat al-Sindiyy (1165H). Syeikh Wahabi juga telah pergi ke Iraq untuk menimba ilmu. Dan beliau pernah berazam untuk ke Syam, namun tidak kesampaian kerana masalah perbelanjaan. 

Beliau kahwin dalam usia yang sangat muda iaitu ketika berumur dua belas tahun dan dikurniakan beberapa orang anak. Tinggal di “ad-Dar’iyyah” lebih kurang 50 tahun dan di situlah pusat beliau mengembangkan ajarannya dengan disokong oleh pemerintah “ad-Dar’iyyah”, iaitu Muhammad bin Su’ud. Beliau bukan sahaja menghabiskan masanya dengan dakwah secara lisan, bahkan seperti juga ulamak-ulamak yang lain yang berdakwah dengan penulisan. Beliau pernah menulis beberapa surat untuk menyatakan dakwahnya. Beliau juga meninggalkan beberapa buah seperti kitab “at-Tauhid”, kitab “Kasyfus Syubuhat”, kitab “al-Usulus Salasah”, kitab “al-Kaba’ir”, kitab “al-Qawaidul Arba’”, kitab “Fadhlul Islam”, kitab “Usulul Iman” dan lain-lain lagi.kitab-kitab beliau ini telah dikumpulkan dan kita boleh mengenali pendapat dan pandangan beliau berdasarkan kitab-kitab ini. 

Beliau meninggal pada hari isnin pada bulan Syawwal tahun 1206H, dalam lingkungan umur 91 tahun. 

Fikrah-fikrah Imam Muhammad bin Abdul Wahhab Dan Pengikutnya 
- Syeikh Muhammad dalam pengajarannya bermazhab Hambali, tetapi beliau tidak melaziminya secara mutlak. Ini kerana beliau akan meninggalkan pendapat mazhab Hanbali jika pendapat yang lain adalah lebih “rajih” dalilnya pada pandangan beliau. Kerana inilah dikatakan bahawa golongan “Salafiyyah” ini tidak bermazhab pada “usul” dan bermazhab Hambali pada furu’. 

Ertinya dalam masalah aqidah, Syeikh Muhammad dan para pengikutnya tidaklah bermazhab “Asyairah, atau Maturidiyyah, Muktazilah dan sebagainya, kerana mereka hanya menyambung pegangan para salaf yang terdahulu. Dan dalam masalah furu’ atau fiqh pula mereka bermazhab Hanbali. Dalam hal ini Syeikh Muhammad pernah menyatakan: “Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah” yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat[12]. Beliau juga pernah berkata: “Adapun mazhab kami ialah mazhab Imam Ahmad bin Hanbal, iaitu Imam Ahlus Sunnah (dalam masalah furu’), dan kami tidak mendakwa mampu berijtihad. Dan jika jelas kepada kami satu sunnah Rasulullah yang sahih, kami akan amalkannya dan kami sekali-kali tidak akan mendahulukan pendapat orang lain, walaupun siapa sahaja yang mengatakannya”[13]. 

Ada juga yang menganggap bahawa fikrah Syeikh Muhammad tidaklah lari daripada pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah (728H), cuma pandangan beliau agak lebih keras. 

- Fahaman Wahhabi menekankan kepada perlunya kembali kepada ajaran al-Qur’an dan Sunnah. 

- Ia juga mengajak kepada membuka pintu ijtihad. 

- Mengajak kaum muslimin supaya kembali kepada dasar tauhid yang dibawa oleh para salafussolih yang terdahulu dan menyucikannya daripada sebarang syirik. 

Berkata Dr Yusuf al-Qardhawi: “Perkara yang paling utama bagi al-Imam Muhammad bin Abdul Wahhab di semenanjung tanah arab ialah perkara aqidah. Iaitu untuk menjaga aqidah daripada sebarang syirik dan khurafat yang boleh mengotorkannya dan mengeruhkan kejernihannya. Di atas perkara itulah beliau menulis buku-bukunya dan juga surat-surat kirimannya, dan beliau telah bangkit dengan dakwahnya dan amalannya untuk meruntuhkan syiar-syiar syirik tersebut” [14]. 

- Mengisbatkan al-Asma’ was Sifat sebagaimana yang Allah SWT isbatkan dan Rasulullah s.a.w. isbatkan tanpa “tamsil”, “tasybih”, takyiif dan “takwil”. 

Ini kerana mereka berpendapat bahawa tidak ada yang mengenali Allah SWT melebihi darupada diriNya sendiri dan juga RasulNya. Berkata Imam Ahmad: “Tidak boleh kita sifatkan Allah SWT melebihi daripada apa yang disifatkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak boleh melampaui al-Qur’an dan juga al-Hadis"[15]. Dan mereka tidak menerima takwilan dalam bab ini kerana telah sepakat ulamak samada yang menerima takwil atau menolaknya bahawa takwilan adalah perkara yang “zhanni”, iaitu perkara yang tidak pasti. Dan mereka tidak mahu menyifatkan Allah SWT dengan perkara yang tidak pasti kesahihan nisbahnya kepada Allah. Kerana itulah mereka menerima segala sifat-sifat tersebut dengan menyakini bahawa tidak ada persamaan antara Allah SWT dengan para makhluk. Ini kerana perbincangan mengenai sifat Allah SWT adalah cabang daripada perbincangan tentang zat Allah SWT. Kalaulah kita mengisbatkan zatNya dengan isbat bahawa zatNya itu wujud dan bukannya isbatkan kaifiatNya, maka samalah juga kita mengisbatkan sifatNya tanpa isbatkan kaifiatNya. 

- Memerangi perkara-perkara bid’ah dan khurafat seperti berdoa kepada kuburan, bersembelih dan bernazar kepadanya. 

Berkata Dr. Abdullah al-Faqih: “Sesiapa yang mengenali Najd dan semenanjung arab sebelum tersebarnya dakwah Syeikh Muhammad, akan mengetahu betapa luasnya tersebar perkara-perkara bid’ah dan khurafat akan mengetahui betapa banyaknya peranan yang diberikan oleh dakwah ini daripada kesan-kesan yang baik dan terpuji, dan peranannya yang sangat besar dalam menghidupkan sunnah dan menghapuskan bid’ah”[16]. 

- Menanamkan semangat jihad. Para penganut Wahhabi sanggup berjihad untuk menyebarkan dakwah mereka dan menghilangkan unsur-unsur syirik. 

- Membahagikan tawassul kepada tawassul yang dibenarkan dan yang dilarang. Yang dibenarkan adalah dengan “Asma’ul Husna” dan yang dilarang pula adalah seperti dengan ketinggian Rasul, para solihin dan sebagainya. 

- Melarang membina binaan di atas perkuburan. 

- Menganggap meninggalkan dalil yang jelas dan menggunakan dalil yang kesamaran sebagai cara kumpulan yang sesat seperti golongan “Rafidhah” dan “Khawarij”. 

- Membahagikan syirik kepada beberapa martabat, seperti “syirik akbar” iaitu syirik dalam beribadah, niat, ketaatan dan mahabbah. “Syirik asghar” pula ialah riak dan “syirik khafi”pula ialah syirik yang tidak disedar[17]. 

Wahhabiyyah, Antara Khilaf Dan Fitnah 

Penentangan terhadap golongan Wahhabiyyah sebenarnya tercetus kerana perkara-perkara khilafiyyah dan juga kerana fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Sebagai contoh, keratan akhbar tadi mengandungi perkara-perkara yang memang menjadi khilaf di kalangan para ulamak seperti qunut, talkin, membaca al-Qur’an untuk orang yang meninggal dunia dan sebagainya. Dan ada juga yang memang fitnah yang sengaja dilemparkan seperti mengatakan bahawa fahaman ini menolak berzikir, berdoa dan mengharamkan perkara-perkara sunat dan harus di sisi “Ahli Sunnah Waljamaah”. 

Adakah mazhab Hanafi dan Hanbali yang tidak berqunut pada solat subuh itu dianggap sebagai Wahhabi? Adakah Imam Abu Hanifah dan Imam Malik bermazhab Wahhabi kerana mereka tidak menggalakkan membaca al-Qur’an di perkuburan[18]? Adakah Imam Nawawi dan para pengikut fahaman Syafiei dianggap Wahhabi kerana beliau ada berkata: “Membacakan al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada mayat dan bersembahyang untuknya dan seumpamanya, maka dalam mazhab Syafie dan jumhur ulamak bahawa perkara itu tidaklah sampai kepada mayat dan memang khilaf ulamak padanya"[19]. Kerana inilah Syeikh Muhammad Basyir as-Sahwani (seorang ulamak Hindi) meyatakan bahawa tidak ada satu pun daripada pendapat Imam Muhammad yang hanya pendapat beliau dan tidak pernah dikeluarkan oleh para ulamak sebelumnya. 

Dan antara fitnah yang paling besar yang dilemparkan oleh Dr Uthman kepada Wahhabi ialah “semata-mata memberikan penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah”. Fitnah ini adalah satu fitnah yang sangat besar yang dilemparkan kepada golongan ini (jika sahih kenyataannya itu sebagaiamana yang tersiar di akhbar) selain daripada fitnah-fitnah yang pernah dilemparkan kepada Syeikh Muhammad seperti mengaku Nabi, menghina Nabi, menyamakan mereka dengan Khawarij, mengkafirkan orang Islam dan lain-lain lagi. Dan sebagai menerangkan lagi perkara ini, saya akan mengutarakan jawapan Imam Muhammad sendiri terhadap fitnah-fitnah yang dilemparkan kepadanya: 

"æÇááå íÚáã Ãä ÇáÑÌá ÇÝÊÑì Úáí ÃãæÑÇ áã ÃÞáåÇ æáã íÃÊ ÃßËÑåÇ Úáì ÈÇáí¡ ÝãäåÇ: Þæáå Åäí ãÈØá ßÊÈ ÇáãÐÇåÈ ÇáÃÑÈÚÉ¡ æÅäí ÃÞæá Åä ÇáäÇÓ ãä ÓÊ ãÆÉ ÓäÉ áíÓæÇ Úáì ÔíÁ æÅäí ÃÏÚí ÇáÇÌÊåÇÏ¡ æÅäí ÎÇÑÌ Úä ÇáÊÞáíÏ æÅäí ÃÞæá: Åä ÇÎÊáÇÝ ÇáÚáãÇÁ äÞãÉ¡ æÅäí ÃßÝÑ ãä ÊæÓá ÈÇáÕÇáÍíä¡ æÅäí ÃßÝÑ ÇáÈæÕíÑí áÞæáå: íÇ ÃßÑã ÇáÎáÞ¡ æÅäí ÃÞæá: áæ ÃÞÏÑ Úáì åÏã ÞÈÉ ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã áåÏãÊåÇ¡ æáæ ÃÞÏÑ Úáì ÇáßÚÈÉ áÃÎÐÊ ãíÒÇÈåÇ æÌÚáÊ áåÇ ãíÒÇÈÇ ãä ÎÔÈ¡ æÅäí ÃÍÑã ÒíÇÑÉ ÞÈÑ Çáäí Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÅäí ÃäßÑ ÒíÇÑÉ ÞÈÑ ÇáæÇáÏíä æÛíÑåãÇ¡ æÅäí ÃßÝÑ ãä ÍáÝ ÈÛíÑ Çááå...æÌæÇÈí Úä åÐå ÇáãÓÇÆá Ãä ÃÞæá: { ÓÈÍÇäß åÐÇ ÈåÊÇä ÚÙíã }[20]. 

Ertinya: “Dan Allah SWT mengetahui bahawa lelaki itu telah memfitnah diriku dengan pelbagai perkara yang mana ia bukanlah pendapatku, bahkan sebahagian besar daripadanya tidak pernah terlintas di fikiranku. Antaranya ialah perkataannya bahawa aku telah menganggap silap buku-buku mazhab yang empat itu, dan aku berkata bahawa orang Islam tidak mempunyai sebarang nilai sejak daripada enam ratus tahun yang lampau, dan aku berkata bahawa aku adalah mujtahid yang mampu berijtihad, dan aku berkata bahawa aku sudahpun keluar daripada bertaqlid, dan aku berkata bahawa khliaf ulamak itu adalah satu bala dan aku mengkafirkan orang-orang yang bertawassul dengan para solihin, dan aku mengkafirkan Syeikh al-Busiri kerana (burdahnya yang berbunyi): “Wahai semulia-mulia makhluk Allah”, dan aku juga dikatakan berkata: “kalaulah aku mampu untuk meruntuhkan kubah makam Nabi, nescaya aku akan runtuhkannya, dan jika akau mampu meguasai kaabah, nescaya aku akan tukar saluran airnya kepada saluran air yang dibuat daripada kayu, dan aku mengharamkan menziarahi maqam Nabi s.a.w. dan mengengkari menziarahi kubur para kedua ibu bapa dan juga lain-lain, dan aku juga mengkafirkan sesiapa yang bersumpah dengan selain Allah…dan jawabanku terhadap semua masalah ini adalah dengan bahawa aku berkata: “Maha suci Engkau (wahai Tuhanku), sesungguhnya ini adalah satu pembohongan yang sangat besar”. 

Wahhabiyyah Dan “Ahli Sunnah Waljamaah” 
Antara tohmahan berbisa yang biasa dilemparkan kepada golongan Wahhabi ialah mereka telah terkeluar daripada golongan “Ahli Sunnah Waljamaah”. Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tuduhan ini, kita perlu melihat kepada istilah “Ahli Sunnah Waljamaah”. Istilah “Ahli Sunnah Waljamaah"[21] diertikan sebagai “Orang yang kekal dengan cara Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya samada dalam bentuk aqidah, syariah dan akhlak"[22]. Mengikut Dr. Hasan Ibrahim Hasan penggunaan istilah “Ahli Sunnah Waljamaah” sebenarnya tidak digunakan melainkan pada permulaan zaman Abbasi, iaitu ketika mana berkembangnya mazhab “Muktazilah. Nama “Ahli Sunnah Waljamaah” digunakan kepada orang-orang yang berpegang kepada al-Qur’an dan al-Hadis, manakala “Muktazilah” pula digunakan kepada mereka banyak menggunakan ilmu “Kalam”[23]. Namun mengikut Abdul Rahim as-Sulami, gelaran “Ahli Sunnah Waljamaah” sebenarnya sudah bermula sejak berlakunya fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Usman r.a. Ini kerana kaum muslimin yang sebenar memerlukan kepada gelaran yang boleh membezakan mereka dengan golongan sesat yang telah lari daripada panduan Sunnah dan terkeluar daripada kumpulan sebenar orang Islam[24]. 

Sebenarnya Syeikh Muhammad yang merupakan pengasas kepada fahaman ini pernah menerangkan pendiriannya dalam masalah ini. Beliau pernah berkata: “Alhamdulillah, sebenarnya aku bukanlah membawa ajaran yang baru, bahkan aku hanya menurut ajaran golongan salaf yang terdahulu. Akidahku dan peganganku yang mana aku berpegang dengannya ialah akidah ““Ahli Sunnah Waljamaah” yang mana ia merupakan pegangan sebenar kaum muslimin, sebagaimana pegangan imam-imam mazhab yang empat dan juga pengikut mereka sehingga hari kiamat. Cumanya aku menerangkan kepada masyarakat tentang perlunya mengikhlaskan agama semata-mata kerana Allah SWT, dan aku melarang mereka daripada berdoa kepada selainNya samada yang hidup atau yang telah mati dan samada para solihin atau lain-lain. Aku juga melarang mereka daripada cara mereka beribadat kepada Allah yang mengandungi unsur syirik seperti penyembelihan, nazar, tawakkal dan sujud (kepada selain Allah) yang mana perkara-perkara itu tidak boleh ada sebarang syirik kepadanya samada para malaikat muqarrabin atau para Nabi yang mursalin (diutuskan Allah SWT). Dan akidah inilah (menyucikan sebarang syirik) merupakan intipati dakwah para Rasul, dari permulaan mereka hingga kepada Rasul yang terakhir. Dan inilah akidah “Ahli Sunnah Waljamaah”[25]. 

Dan sebahagian ulamak (terutamannya golongan “Asyairah” dan Maturidiyyah”) telah mengkhaskan penggunaan “Ahli Sunnah Waljamaah” kepada mereka yang berfahaman “Asyairah” atau Maturidiyyah”. Padahal penggunaan takrif “Ahli Sunnah Waljamaah” kepada dua golongan ini sahaja pada hakikatnya adalah satu juzuk daripada “Ahli Sunnah Waljamaah”. Manakala sebahagian ulamak golongan Salafiyyah pula menganggap bahawa gelaran “Ahli Sunnah Waljamaah” hanya tertentu kepada kumpulan mereka sahaja. Mereka menganggap bahawa kumpulan “Asyairah” atau Maturidiyyah” samalah seperti golongan “Muktazilah” yang telah pun terkeluar daripada kumpulan “Ahli Sunnah Waljamaah"[26]. 

Dan cara yang terbaik untuk kita memahami perkara ini adalah seperti yang disebut oleh al-Baghdadi dalam kitabnya “al-Farqu Bainal Firaq” bahawa golongan “Ahli Sunnah Waljamaah” terdiri daripada pelbagai lapan kumpulan manusia dan mereka pula terdiri daripada ulamak ataupun orang awam. Antara kumpulan yang disebutkan oleh beliau ialah ulamak akidah, para fuqaha, muhaddisin, mufassirin, sufiyyah, ulamak bahasa, para mujahidin dan juga kaum awam muslimin. 

Kesimpulannya golongan Wahhabiyyah bukanlah terkeluar daripada kumpulan sebenar “Ahli Sunnah Waljamaah” tetapi ia bukanlah kumpulan “Asya’irah” atau “Maturidiyyah” yang hanya dianggap sebagai “Ahli Sunnah Waljamaah” oleh sebahagian manusia, terutamanya di rantau ini yang rata-ratanya berfahaman “Asyairah”. 

Wahhabiyyah Dan Kebangkitan Islam Masa Kini 
Mengikut sesetengah pemikir Islam, Harakah Islah yang dibawa oleh golongan Wahhabiyyah ini memberikan kesan yang sangat positif kea rah kebangkitan dan kesedaran umat Islam. Berkata Syeikh Muhammad Qutb: “Sesungguhnya gerakan yang dibawa oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab untuk memperbetulkan akidah umat Islam merupakan factor sebenar kepada kesedaran dunia Islam, sekalipun pelbagai usaha dilakukan untuk menyekat dan menghapuskannya”. 

Dr Yusof al-Qardhawi pula berkata: “Sesungguhnya kebangkitan yang kita lihat pada hari ini bukanlah timbul daripada kosong dan tidaklah meletup secara tiba-tiba, dan ia juga bukanlah “parasit” yang timbul sendiri tanpa ada penanam dan penjaganya sebagaimana yang digambarkan oleh sebahagian manusia. Sesungguhnya kebangkitan yang timbul ini merupakan kesinambungan dan tajdid kepada gerakan-gerakan Islamiyyah dan madrasah-madrasah pemikiran dan amali yang lepas, yang mana sebahagian daripadanya telahpun lenyap dan sebahagiannya masih lagi wujud dengan gambarnya atau dengan penjelmaan yang lain. Ia merupakan gerakan-gerakan yang diusahakan oleh lelaki-lelaki yang ikhlas yang mana setiap daripada mereka ingin mentajdidkan agama atau ingin menghidupkan ummah Islam di suatu tempat tertentu atau di lebih dari satu tempat, dalam sudut tertentu atau lebih daripada satu sudut, samada dalam pegangan, pemikiran dan juga akhlak. Sejarah telah mencatatkan bahawa antara mereka ialah “nujaddid” semenanjung arab, iaitu pembangkit “Dakwah Salafiyyah”, keluaran “Madrasah Hanbali”, iaitu Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang mana dengan asas gerakannyalah tertegaknya kerajaan Arab Saudi”[27]. 

Pandangan Ulamak Terhadap Golongan Wahhabiyyah 
Ramai di kalangan ulamak, samada yang sezaman atau yang datang selepas Syeikh Muhammad yang memuji beliau dan harakah dakwah yang di bawa oleh beliau. Antara ulamak yang memuji beliau ialah Imam Syaukani, al-Amir as-Son’ani, Muhammad Rashid Ridha, al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Ali Tontowi, Muhammad Qutb, Dr Yusuf Qardhawi, Dr Muhammad Imarah, Syeikh Muhammad al-Ghazali dan lain-lain lagi. Di sini kami akan memetik sebahagian daripada pandangan para ulamak tersebut mengenai Syeikh Muhammad. 

1. Syeikh Muhammad Bahjah al-Baitor (seorang ulamak Syam, dalam kitabnya “Hayat Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah”): “Bukanlah Wahhabi dan Imam Muhammmad bin Abdul Wahhab itu satu mazhab yang baru, tetapi beliau (semoga Allah merahmatinya) merupakan mujaddid bagi dakwah Islamiyyah dan mengikut mazhab Ahmad bin Hanbal”. 

2. Dr Wahbah az-Zuhaili: “Antara yang paling berani meyatakan kebenaran, dan reformis yang sangat agung dalam islah, pembinaan dan jihad untuk mengembalikan pegangan kepada Islam dan mengembalikan manhaj (method) para salafussolih ialah dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab”. 

3. Dr. Yusof al-Qardhawi pernah menamakan beliau sebagai “Syeikhul Islam” dalam bukunya “Haqiqatul Tauhid”. 

4. As-Sayyid Muhammad Rasyid Ridha: “Sesungguhnya Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhaban-Najdi merupakan salah serang mujaddid yang ikhlas itu. Beliau bangkit untuk membersihkan tauhid dan mengajak kepada mengikhlaskan ibadat semata-mata kepada Allah SWT sebagaimana yang dianjurkan al-Qur’an dan juga as-Sunnah. Beliau juga bangkit untuk menghapuskan bid’ah-bid’ah dan maksiat-maksiat dan untuk mengangkat kembali syiar-syiar agama yang ditinggalkan dan untuk membuang perkara-perkara haram yang dicerobohi. Dan telah bangkit menentang dakwah ini tiga kekuatan, iaitu kekuatan kerajaan dan pemerintah, kekuatan penolong-penolong mereka daripada kalangan ulamak munafiq dan kekuatan masyarakat yang hina dina. Dan senjata yang paling kuat untuk menentang gerakan ini ialah gerakan ini telah menyanggahi jumhur umat Islam. Siapakah sebenarnya umat Islam yang mana Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab sanggahi dalam dakwahnya? Tidakkah mereka itu adalah para arab badwi yang mana kehidupan mereka itu lebih teruk daripada golongan jahiliyyah[28]. 

Kesimpulan 
Pada kesimpulannya, saya melihat bahawa fahaman Wahhabi bukanlah satu fahaman yang terkeluar daripada “Ahli Sunnah Waljamaah”, apatah lagi daripada Islam. Bahkan kumpulan ini merupakan kesinambungan kepada fahaman salafussolih yang terdahulu. Khilaf teori mereka dengan “Asya’irah” dan “Maturidiyyah” tidaklah menyebabkan mereka terkeluar daripada golongan “Ahli Sunnah Waljamaah”, kerana “Ahli Sunnah Waljamaah” tidaklah tertentu kepada dua golongan tersebut. Tetapi ini tidaklah bererti bahawa hanya fahaman Wahhabiyyah sahaja yang berada dalam kebenaran, kerana fahaman ini adalah salah satu cabang daripada pendapat para ulamak. Semoga kita memberikan nilaian yang sebenar kepada fahaman ini dan tidak menzalimi dan menganiayai mereka. 

Kebimbangan terhadap menularnya fahaman ini adalah tidak lain melainkan kerana kejahilan dan terpedaya dengan tohmahan yang dilemparkan kepada golongan ini yang sebenarnya ingin kembali kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Bahkan kalau kita memerhatikan apa yang dinyatakan dalam permulaan keratan akhbar tadi, maka kita akan dapati bahawa kefahaman ini banyak menular di kalangan cendikiawan muda, dan bukannya pada golongan awam yang tidak mengerti atau kepada sebahagian remaja yang telah rosak kerana terpengaruh dengan budaya barat. Pada pandangan saya, fahaman ini mudah menular di kalangan mereka (cendikiawan) kerana merekalah sebenarnya yang lebih pandai untuk menilai kesahihan atau kebatilan sesuatu perkara. Firman Allah SWT: “Katakanlah: adakah sama orang yang mengwetahui dengan orang yang tidak mengetahui”. 

sumber:internet

No comments: