Pages

Sunday, May 9, 2010

Penganggur 18 tahun berumah kereta di padang pasir

RIYADH: Saad al-Qahtani sedang memandu di kawasan padang pasir di antara Makkah dan Jeddah di barat Arab Saudi apabila keretanya rosak 18 tahun lalu.
Disebabkan gagal membaik pulih kereta Chevrolet Suburban kesayangannya, Saad membuat keputusan nekad - menjadikan kenderaan itu sebagai rumahnya.

Sepanjang tempoh itu, ibu bapa dan adik-beradik Saad meninggal dunia tetapi ia tidak pernah mengubah keputusannya.

Akhbar Saudi Gazette melaporkan, sebelum itu, Saad, 61, diberhentikan kerja sebagai pengawal keselamatan kerana berpenyakit.

Dia cuba menternak kambing tetapi semua peliharaannya hilang.
Akhirnya dia menjadi pemandu di kawasan itu sehinggalah keretanya tiba-tiba rosak.

Dia hanya membentang permaidani di atas pasir di sebelah pintu pemandu sebagai tempat menerima tetamu atau berehat.
“Saya mendapat makan daripada orang lalu-lalang yang bersimpati,” katanya. - AFP

No comments: