Pages

Friday, May 21, 2010

Pembinaan masjid terbesar Perancis bermula

http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/_new_marseille-mosque.jpg&h=235&w=355&zc=1
MARSEILLE: Umat Islam Perancis merai satu hari bersejarah apabila pembinaan sebuah masjid besar bermula di Marseille semalam.
Ia disifatkan sebagai masjid terbesar di negara itu dan simbol kukuh mengenai kedudukan Islam dalam era moden Perancis.Sehari selepas pemerintah Perancis meluluskan rang undang- undang mengharamkan pemakaian burqa, pemimpin Islam menyertai ahli politik negara itu meletak batu ceracak di tapak pembinaan masjid di utara Marseille itu.Bandar kedua utama Perancis itu diduduki sekitar 250,000 penganut Islam. Ramai daripada mereka terpaksa berduyun-duyun pergi ke tempat solat sementara di besmen, bilik yang disewa dan garaj untuk mendirikan solat.Dengan menara setinggi kira- kira 25 meter, Masjid Besar di kawasan Saint-Louis itu boleh menampung sehingga 7,000 jemaah, sementara kompleksnya turut menempatkan sebuah sekolah pengajian Al-Quran, restoran dan bilik majlis jamuan teh. Ia dijangka dibuka pada 2012.Pemimpin Islam Perancis sejak lebih 60 tahun lalu berkempen untuk membina sebuah masjid besar sebagai satu tempat perhimpunan yang akan membantu menyebarkan syiar Islam di sana.Detik penentuannya berlaku pada 2001 apabila Mayor Jean- Claude Gaudin, anggota parti berhaluan kanan pimpinan Presiden Nicolas Sarkozy, memutuskan menyokong projek 22 juta euro ($37.5 juta) itu walaupun pada awalnya ia dibantah golongan berhaluan jauh ke kanan.Seperti Encik Sarkozy, Encik Gaudin berhujah menyokong pembinaan masjid baru akan membantu masyarakat Islam minoriti Perancis disepadu ke dalam masyarakat utama negara itu dan membantu memupuk fahaman Islam yang lebih sederhana dan moden yang menolak burqa.Presiden persatuan yang memimpin kempen bagi pembinaan masid itu, Encik Nourredine Cheikh, berkata:'Ini satu pengiktirafan. Inilah yang memberitahu saya bahawa saya mempunyai status sama seperti penganut Katolik dan agama lain di negara ini.' - AFP.



No comments: