Pages

Saturday, May 8, 2010

Misteri kereta nyaris terjunam



GAMBAR menunjukkan Vauxhall Corsa yang tersangkut dan hampir menghempap bumbung sebuah taman pertanian di Devon, Britain.


DEVON, England - Seorang pemilik kereta model Vauxhall Corsa di Britain terkejut apabila mendapati kenderaannya itu tersangkut dan nyaris terjatuh ke atas sebuah taman pertanian, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada mulanya, pemilik kereta berusia 21 tahun itu yang tidak didedahkan namanya itu mendakwa terdengar bunyi pelanggaran melibatkan sebuah kereta lain yang merempuh kenderaannya itu.
Dia kemudian bergegas melihat dari tingkap rumahnya di Plymouth di sini bagi mengetahui punca bunyi berkenaan.
Pemuda itu bernasib baik apabila kereta kecilnya itu tidak terjatuh di atas bumbung taman pertanian tersebut.
Seorang jurucakap polis tempatan berkata, pihaknya akan meneliti rakaman daripada beberapa buah kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan tersebut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian misteri itu. - Agensi

No comments: