Pages

Monday, May 3, 2010

BAB 3 - ILLUMINATI: Keturunan Elit, Astor & Bundy Bloodline



Bismillah, al-Rahman, al-Rahiim
Penulisan ini adalah untuk kesedaran kita semua, niat hanya kerana Allah…
Sebelum kita masuk kepada topik keturunan Illuminati, adalah lebih baik kita memahami pesanan Muhammad SAW terhadap umat Islam mengenai kepentingan menjaga, melindungi dan memelihara keturunan para nabi.
Juga, fahami dahulu maksud penulis mengenai pesanan ini,sesungguhnya perang akhir zaman adalah peperangan antara keturunan para nabi memerangi keturunan musuh Allah.
Maksud hadis:
Rasulullah Saw bersabda, “Umatku, sesungguhnya aku tinggalkan dua perkara yang besar untuk kamu, yang pertama adalah kitabullah (Al-Quran) dan yang kedua adalah ithrati (keturunan) ahlli baiti ku. Barangsiapa yang berpegang teguh menjaga kepada keduanya, maka tidak akan tersesat selamanya hingga bertemu denganku di telaga al-Haudh.” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim ).
Maksud Hadis
“Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Rasulullah bersabda:  “Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah.” (Hadis riwayat Abu Dawud).
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sukakah aku ceritakan kepadamu tentang Dajjal, yang belum diberitakan oleh nabi kepada kaumnya. Sungguh Dajjal itu buta mata sebelahnya dan ia akan datang membawa sesuatu yang menyerupai syurga dan neraka, adapun yang dikatakan syurga, maka itu adalah neraka. Dan aku memperingatkan kalian sebagaimana Nabi Nuh a.s memperingatkan kepada kaumnya.
Maka sebaik sahaja Yahudi mengetahui bahawa Messiah (al-Mahdi) akan lahir daripada keturunan Muhammad, mereka merancang pelbagai komplot untuk menghapuskan keturunan Muhammad. Ia dimulakan dengan pembunuhan saudara Rasullullah iaitu Saidina Ali dan usaha itu terus berlarutan… sehingga kiamat. Ia dibuat bagi menamatkan keturunan Muhammad dan menghalang kelahiran a-Mahdi Islami dan menjayakan cita-cita mereka mengembalikan al-Mahdi Palsu iaitu Dajjal yang bermata satu.
Keturunan Elit yang memerintah dunia hari ini
Siapa yang menguasai dunia hari ini dan merancang setiap peristiwa yang berlaku, dunia sebenarnya dikuasai oleh 13 keturunan (bloodline)  Illuminati. Dengan memahami dan mengenali semua keturunan illuminati ini, kita akan menemui banyak jawapan kepada setiap agenda terselindung yang mereka rancang selama ini.
Perancangan mereka termasuk menubuhkan United Nations atau Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), penubuhan Israel yang didalangi Rothschilds, rancangan mengasaskan ajaran Jehovah Witnesses dalam mazhab Kristian, The Ignorant Worshippers (Black Metal) dan banyak lagi. Kenyataan adalah jauh lebih asing daripada rekaan.
Keturunan Illuminati ini adalah:
  1. Astor Bloodline
  2. Bundy Bloodline
  3. Collins Bloodline
  4. DuPont Bloodline
  5. Freeman Blodline
  6. Kennedy Bloodline
  7. Onassis Bloodline
  8. Li Bloodline
  9. Reynolds Bloodline
  10. Rockerfeller Bloodline
  11. Rothschild Bloodline
  12. Russel Bloodline
  13. Van Duyn Bloodline
dan…
*Merovingian (keturunan keluarga diraja di Eropah)
Kita juga akan memahami peranan bloodlines ini dengan The Mormon Leadership sepanjang topik Keturunan Illuminati ini berlangsung dalam sub-sub bahagian.
ASTOR BLOODLINE
Keturunan ini adalah kesinambungan daripada darah Yahudi yang berhijrah ke Jerman sejak abad ke-18, namun identiti Yahudi yang wujud dalam keturunan ini sejak zaman tamadun Babilon tidak dapat dirahsiakan sekiranya kita menjejak mereka dengan sumber sejarah. Salasilah keturunan ini mula direkodkan secara rasmi oleh John Jacob Astor (1763-1884). Pada 1784, Jacob Astor mengadakan pertemuan dengan sebuah pertubuhan rahsia di England untuk mendapatkan sumber kewangan sebelum berhijrah ke Amerika dan menyertai sebuah pertubuhan rahsia di Amerika iaitu Masonic Lodge.
Ketibaannya di Amerika disambut oleh dua ahli Illuminati iaitu Presiden Jefferson dan Setiausaha Kerajaan Amerika, Gallatin yang akhirnya memberi kuasa ekonomi dan politik kepada Astor untuk terlibat sama dalam pemerintahan Amerika. Astor kemudian mengadakan kerjasama dengan George Clinton (ahli Illuminati) dalam memonopoli perdagangan di pelabuhan tanpa sebarang sekatan.
Astor bukan sahaja diberi kuasa ekonomi melalui Committee of 300 di pelabuhan malah menjadi pengeksport candu untuk di bawa ke China dalam menjayakan agenda Britain menjajah China (tahu peristiwa perang candu di China?).
Seorang penulis sejarah, John Coleman menjelaskan dalam bukunya, The Conspirator’s Hierarchy: The Story of the Committee of 300, mukasurat 131: “John Jacob Astor made a huge fortune out of the China opium trade …. it was the Committee of 300 who chose who would be allowed to participate in the fabulously lucrative China opium trade, through its monopolistic BEIC, and the beneficiaries of their largest remained forever wedded to the Committee of 300.”
Pada hujung dekad 1800, Illuminati yang dibiayai Freemason mula menggiatkan agenda dengan menubuhkan lebih banyak ‘pertubuhan masyarakat’ dan pada masa yang sama mengadakan mesyuarat secara rahsia (memperkuda) untuk merancang lebih banyak agenda di sebalik pertubuhan masyarakat yang ditubuhkan. Pada 1901, keturunan Astor menubuhkan Pilgrim Society yang sebenarnya melindungi pergerakan Amer & Brit yang dianggotai ahli-ahli Illuminati Peringkat Ke-6 atau Princes of the Illuminati.
Antara perancangan awal yang dijalankan secara sulit ialah mencipta ideologi baru untuk melenyapkan kepercayaan agama dengan kekuasaan ekonomi melalui strategi monopoli, dan menggabungkan semua negara di dunia yang menerima pakai ideologi itu. Perancangan itu dijayakan dengan kerjasama pertubuhan Skull & Bones di Rusia. Nancy Astor (cucu perempuan John Jacob Astor) membuat lawatan ke Rusia pada 1930 dan secara senyap mengadakan kerjasama dalam merancang strategi komunism yang menolak kepercayaan kepada tuhan, mengambil hati orang ramai melalui idea hak sama rata, memiliknegara harta dengan memonopoli ekonomi, dan menyatukan negara-negara komunis untuk berkuasa di bawah satu order.
Pilgrim Society masih wujud hingga kini dan dikendalikan keturunan Astor termasuk anak cucu David Astor, John Jacob Astor VIII dan William Waldorf Astor III. Pada 1970-an, Baron Astor of Hever dilantik sebagai Presiden Pilgrims Society di London bagi menjayakan agenda Illuminati melalui pertubuhan Skull & Bones di London yang bergerak secara rahsia.
Satu sisi rahsia, keturunan Astor berkembang daripada keturunan Astorga di Selatan Itali sejak abad ke-17. Asal nama Astorga dan Astor adalah daripada nama ‘Astarte’ iaitu wanita istana daripada keturunan diraja tamadun Babilon yang mengamalkan ritual penyembahan syaitan. Astarte juga dikenali sebagai Semiramis atau Tuhan Bulan (patung Statue of Liberty di Amerika adalah manifestasi Semiramis). Semiramis juga disembah bersama Nimrod dan Tammuz. Dalam agama Mesir purba; Semiramis, Nimrod (Namrud) dan Tammuz disebut sebagai triniti Osiris, Isis, and Horus (One-Eyed Sun God). Ia juga menjadi asas kepada kepercayaan triniti yang diserap masuk ke dalam agama Rom dan Greek dan akhirnya mengubah kisah Isa yang digelar Anak Tuhan seperti dalam ajaran Kristian hari ini, triniti sebenarnya satu kepercayaan kuno yang berlegar dalam persekitaran ritual penyembahan syaitan yang mendewakan manusia.
queen-semiramis-holding-babylonian-crusade
statue-of-liberty
Gambar atas: Queen Semiramis memegang api di tangan kanan dan salib Babilon di tangan kiri.
Gambar bawah: Statue of Liberty memegang obor (api) di tangan kanan. Kedua-duanya memiliki duri di kepala. Apa maksudnya? Amerika adalah negara dikuasai penyembah syaitan dan keturunan para pemimpinnya adalah daripada golongan yang mempercayai agama purba dan menentang Allah sejak zaman para nabi.

Jadi, keturunan Astor adalah kesinambungan daripada keturunan golongan diraja penyembah syaitan sejak zaman tamadun awal Babilon dan Mesir, mereka adalah keturunan pemerintah dari kalangan elit istana. Itulah yang dimaksudkan keturunan elit (The Elites).
BUNDY BLOODLINE
Sekitar 1980-an, Ted R.Bundy merupakan salah seorang pembunuh bersiri yang melakukan banyak pembunuhan terhadap orang awam (orang awam yang tidak ada kaitan dengan kegiatan gangster). Menurut taman wanita Bundy iaitu Elizabeth Kendall dalam bukunya, The Phantom Prince My Life yang diterbitkan pada 1981, Kendall menyatakan bahawa Bundy pernah menelefon dan memberitahunya mengenai ‘ada satu kuasa yang meminta dia membunuh seseorang’.
Berikut adalah yang diberitahu Bundy kepada Kendall:
“I don’t have a split personality. I don’t have blackouts. I remember everything I’ve done. Like Lake Sammamish. We went out to Farrell’s for ice cream after eating hamburgers. It wasn’t like I had forgotten or couldn’t remember, but it was just over…gone…the force wasn’t pushing me any more. I don’t understand it. The force would just consume me.”
“Aku tidak ada masalah kecelaruan personaliti. Aku tak gila. Aku ingat setiap (perkara) yang aku buat. Seperti di Lake Sammamish. Kita keluar ke (kedai) Farrell’s untuk beli ais krim selepas makan burger. Ia bukan seperti aku lupa atau kurang ingat, tapi semua sudah berlalu…. kuasa itu tak paksa aku (bunuh) lagi. Aku tak faham. Kuasa itu hanya mahu guna (perlu khidmat) aku.”
‘The Force’ adalah merujuk kepada peringkat tertinggi dalam Satanism. Ingat dalam filem Star Wars? Obi Wan Kenobi berpesan kepada Luke Sywalker ‘The Force be with you’ (anda faham agenda Hollywood? kita akan masuk ke topik Hollywood dalam perbincangan lain).
Namun siapakah Ted Bundy? Bundy merupakan seorang yang sangat misteri namun kebanyakan kes pembunuhan yang dilakukan Bundy tidak diceritakan secara terperinci dalam akhbar-akhbar di Washington ketika itu. Tetapi apabila kita mula menyelongkar kisah sebenar Bundy dengan mengkaji pengaruh keluarganya, kita dapati keturunan Bundy mempunyai kerjasama erat dengan syarikat akhbar dan polis.
Latar belakang Bundy menjadi begitu rahsia sehingga sukar untuk mengetahui setiap pergerakan dalam agenda Illuminati. Ted Bundy adalah bekas pelajar perundangan di University Puget Sound di Washington tetapi tidak memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajian dan pada masa yang sama melengkapkan ritual pembunuhan. Namun yang menjadi kunci kepada perkaitan antara Ted Bundy dengan Illuminati ialah, Bundy sanggup memandu dari Washington ke Florida hanya semata-mata untuk menghadiri majlis kempen yang dikendalikan Nelson Rockerfeller pada 1968. Bundy kemudiannya dilantik menjadi Penolong Pengerusi Jawatankuasa Pusat Parti Republikan di Washington.
Kemudian pada 1973, Bundy menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa Republikan Washington dan mengendalikan Jawatankuasa Jenayah di Seattle. Walaupun tidak memperoleh keputusan yang baik dalam pengajiannya, Bundy berjaya meraih kedudukan politik yang kukuh di Washington dan pada masa yang sama bekerjasama dengan ahli-ahli Illuminati yang berkhidmat sebagai polis untuk merancang dan menjalankan ritual-ritual pembunuhan.
masons
masonic_demonism1
Gambar atas: Logo-logo polis di Amerika. Gambar bawah: Simbol Mason. Nampak ada persamaan simbol?

Sebahagian daripada generasi Bundy hari ini memainkan pengaruh besar dalam menjayakan New World Order dengan mengekalkan kuasa dalam politik di Amerika. Keturunan ini merupakan antara Illuminati terawal yang berhijrah ke Amerika dan menganggotai Congress pada abad ke-19 dan mula mengukuhkan kedudukan politik mereka pada abad ke-20.
Dua kunci utama dalam mengaitkan Bundy dengan Illuminati ialah keturunan ini mengendalikan Watch Tower Society melalui Walter H. Bundy bersama keturunan Russel iaitu Charles Taze Russelpada 1909 dan mereka sering berulang alik ke London dengan ‘tujuan’ yang tidak pasti.
Berikut adalah beberapa ahli-ahli keturunan Bundy dalam pergerakan rahsia:
1. Frederick McGeorge Bundy (1921); ahli Skull & Bones, Pengerusi North Atlantic Fillet Council
2. Harriet Lowell Bundy - berkahwin dengan Gasper d’Andelott Belin yang juga ahli Skull & Bones.
3. Harvey Hollister Bundy (1888-1963) - Seorang ahli Skull & Bones pada 1909, juga merupakan Pembantu Khas kepada Setiausaha War Stimson dalam Skull & Bones, mengendalikan Manhattan Project dalam perdagangan gula dan pada 1952 dilantik sebagai Presiden World Peace Foundation.
4. Harry W. Bundy - ahli Mason memegang peringkat darjah ke-9 Chief Adept Mason
5. McGeorge Bundy - ahli Skull & Bones pada 1940, Presiden Ford Foundation, Ahli Mesyuarat Rahsia Bilderberg, Penasihat Keselamatan Amerika.
6. William Putnam Bundy - ahli Skull & Bones, ejen C.I.A, ahli Steering Committee,  Pengerusi National Goals. ahli Jawatankuasa kerjasama pertubuhan-pertubuhan Elit di Washington.

No comments: