Pages

Saturday, March 20, 2010

Tony Blair didakwa peroleh RM99.2 juta





LONDON - Selama dua tahun, bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair (gambar) licik merahsiakan satu urus niaga lumayan dengan sebuah syarikat minyak antarabangsa yang mempunyai kepentingan di Iraq.
Blair cuba menyembunyikan urus niaga dengan firma minyak Korea Selatan, Perbadanan Tenaga UI daripada pengetahuan umum.
Beliau yang memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya £20 juta (RM99.2 juta) sejak bersara pada Jun 2007, turut merahsiakan kontrak sebagai penasihat keluarga diraja Kuwait yang berjumlah £1 juta (RM4.9 juta).
Bagi tujuan itu, beliau mendesak Jawatankuasa bagi Pelantikan Perniagaan yang memantau pekerjaan bekas menteri Britain supaya menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum selama 20 bulan dengan alasan maklumat itu sensitif dari aspek komersial.
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar pada Rabu lepas apabila jawatankuasa berkenaan hilang sabar dengan kerenah Blair, lalu menyiarkan semua maklumat tersebut.
Pendedahan urus niaga rahsia itu mencetuskan dakwaan bahawa Blair, 56, menggunakan jawatannya sebagai Utusan Khas Kuartet Damai Asia Barat bagi kepentingan peribadi.
Pendedahan jawatankuasa berkenaan turut memberi jawapan berhubung persoalan bagaimana Blair boleh menjadi amat kaya selepas beliau bersara.
Beliau didapati memperoleh pendapatan lumayan daripada kontrak ucapan, perunding perbankan dan kerajaan asing dan bayaran pendahuluan untuk buku memoirnya selain wang pencen. - Agensi

No comments: