Pages

Monday, March 22, 2010

Masaalah utama rakyat Malaysia ialah kemalangan jalan raya

Setiap hari ada saja kemalangan jalan raya berlaku di seluruh Malaysia.Kematian dijalan raya dah jadi perkara biasa seperti tidak di hiraukan oleh pihak kerajaan. Semua dah jadi lali dengan kemalangan jalan raya.
Tiap kali berada diatas jalan raya seperti bertarung dengan maut, terutama ketika hendak memotong.
Apa salahnya jika dibuat satu jalan untuk memotong.Semua jalan dua lorong jadikan tiga lorong.
kalau dapat buat lebih dari tiga lorong lebih baik misalnya empat lorong.Kita semua terlibat dalam menggunakan jalan raya daripada Yang Dipertuan  Agong hinggalah kepada rakyat biasa. Kita semua tak lepasdari bahaya kemalangan dijalan raya. Ramai sudah yang mati dijalan raya termasuklah juga anggota keselamatan seperti polis,tentera dan lain-lain lagi.Lebarkan jalan ,tambahkan lampu kerana banyak simpang tiga dan simpang empat tidak berlampu.
Juga dikawasan-kawasan selekoh sepatutnya ada lampu. Sudah lama lama masaalah kemalangan jalan-raya
ini berlaku sejak bertahun-tahun dahulu hingga sekarang tak pernah selesai malah semakin meningkat jumlah
kemalangan jalan- raya setiap tahun.Seperti kata Ibrahim pendek dalam filem bujang lapuk, " mari kita lihat siapa yang kena..."Sayangilah keluarga anda.berhati-hatilah dijalan-raya.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.

No comments: