Pages

Friday, January 29, 2010

Ibu disyaki bunuh 2 anak

HEATHFIELD - Polis Britain menangkap seorang ibu, Fiona Donnison kerana disyaki membunuh dua anak kandungnya yang masih kecil setelah mayat mereka ditemui di dalam but keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembunuhan kejam itu terbongkar apabila Donnison, 43, (gambar) memasuki sebuah balai polis di sini dan menyuruh beberapa anggota polis supaya menggeledah keretanya yang diletakkan berhampiran balai berkenaan.

Polis kemudian menemui mayat anak lelakinya yang berusia tiga tahun iaitu Harry dan mayat adik perempuannya, Elise yang berusia dua tahun.

Beberapa laporan sebelum ini mendakwa mayat dua kanak-kanak itu diletakkan di dalam dua beg sukan dan mereka telah lama meninggal dunia.

Motif pembunuhan tidak dapat dipastikan tetapi pihak berkuasa sedang menilai tahap kesihatan mental wanita berkenaan setelah dia dimasukkan ke hospital kerana mencederakan dirinya.

Suami suspek pula terpaksa ditenangkan oleh pihak polis kerana sukar menerima kenyataan bahawa dua anaknya itu mati dibunuh.

Beberapa jiran mereka berkata, pasangan suami isteri itu menghadapi masalah rumah tangga dan dalam proses untuk bercerai. - Agensi

No comments: