Pages

Tuesday, October 20, 2015

Roti Perancis terpanjang di dunia


Milan: Sekumpulan pembuat roti Itali dan Perancis berganding tenaga mencipta roti ‘baguette’ sepanjang 122 meter yang diiktiraf sebagai yang terpanjang di dunia pada Pesta Dunia Expo Milan 2015, semalam.

Hakim Rekod Dunia Guinness mengesahkan roti Perancis itu - yang terkenal dengan bahagian luar keras manakala bahagian dalamnya lembut dan gebu - sebagai yang terpanjang di dunia selepas 60 pembuat roti menghabiskan hampir tujuh jam kelmarin untuk menyiapkannya.


Mereka turut menggunakan ketuhar mudah alih yang direka khas untuk membolehkan roti berkenaan dimasak di luar.

Pembuat roti terbabit menghabiskan 20 meter sejam dan mereka berdepan kesukaran cuaca sejuk selain terpaksa berhati-hati untuk memastikan baguette berkenaan tidak putus.

Pembuat roti, Dominique Anract berkata: “Memang mencabar membuat roti dalam cuaca sejuk seperti ini kerana boleh memberi kesan terhadap doh.

“Tetapi, kami berjaya melakukannya.”

Selain itu, pembuat lepa coklat Nutella, Ferrero, turut menyokong usaha untuk memecahkan rekod baguette sepanjang 111 meter dipegang sebuah rangkaian pasar raya Perancis sebelum ini.

Sebaik disahkan sebagai pemegang rekod baru, roti itu terus dipotong dan disapukan Nutella untuk dikongsikan dengan pengunjung Expo berkenaan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 7:01 AM

PEMBUAT roti Itali dan Perancis berjaya membuat baguette terpanjang dunia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86411#sthash.Fhh1JNlv.dpuf

Tak sah tanpa cili


 250
  3  0 Google +0 Agensi
Beijing: Seorang lelaki di Zhengzhou mempunyai tabiat pelik apabila ketagih cili dengan makan hampir 2.5 kilogram sehari.

Li Yongzhi dikenali sebagai ‘Raja Cili’ turut menanam lapan spesies cili dari seluruh dunia di depan rumahnya.

Li memberitahu wartawan dia gemar makan cili sejak kecil yang diambil tiga kali sehari bersama makan pagi, tengah hari serta malam.

“Saya tidak kisah makan nasi jika tiada daging atau telur, tetapi tanpa cili hidup saya tidak lengkap.

“Rasa pedas menggembirakan saya. Kalau orang lain memulakan pagi dengan menggosok gigi, bagi saya yang perlu dilakukan adalah makan cili dan membilas mulut selepas itu.



Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 6:09 AM

LI makan 2.5kg cili sehari.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/86383#sthash.NOobfsNC.dpuf

Kaki 'Gergasi' Ubah Nasib Mangsa Buli


Diterbitkan: Ahad, 18 Oktober 2015 3:41 PM

CARACAS: Nasib mangsa buli ketika usia awal remaja kerana memiliki kaki 'gergasi' berubah apabila kelebihannya itu berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness.
Pada usia 20 tahun, Jeison Orlando Rodriguez Hernandez menganggap kakinya yang bersaiz gergasi itu membawa tuah apabila ia  membolehkannya bermain sukan kegemaran, bola keranjang.
Hernandez, anak bongsu daripada empat beradik, membesar pada kadar normal sehingga tiba-tiba mengalami lonjakan pertumbuhan pada usia 10 tahun.
Ketika itu, kakinya tiba-tiba membesar dari saiz 5.5 kepada 11 dalam tempoh kurang setahun.
Kaki kanannya kini berukuran 40.1 sentimeter (sm) dan yang kiri 39.6sm atau saiz 32 di United Kingdom.
“Ketika berusia 14 tahun ibu terpaksa menggunakan kain seluar untuk membuat kasut saya, tapi ia hanya bertahan dua atau tiga minggu saja dan ada kadang saya terpaksa berkaki ayam.
“Saya sering dibuli, dihina dan dipukul di sekolah. Walaupun  suka belajar, namun sering trauma dengan layanan di sekolah kerana budak lain memperlakukan saya seperti anak patung,” katanya.
Pembuat kasut khas dari Jerman, Georg Wessels memperkenalkan Hernandez kepada Guinness selepas ke Maracay di barat Venezuela untuk membuat kasutnya.
Rekod sebelum ini dipegang petani Turki, Sultan Kosen dengan saiz kasut 32.

Saturday, October 17, 2015

Tuah, sumpahan kaki gergasi


Caracas: Seorang lelaki berusia 20 tahun memecahkan Rekod Dunia Guinness kerana memiliki kaki terbesar di dunia.

Bagi Jeison Orlando Rodriguez Hernandez, kakinya yang bersaiz gergasi itu bukan saja membawa tuah, tetapi juga satu sumpahan apabila membolehkannya bermain sukan kegemaran, bola keranjang, namun turut menyebabkannya menjadi sasaran pembuli ketika kecil.

Hernandez, anak bongsu daripada empat beradik, membesar pada kadar normal sehingga tiba-tiba mengalami lonjakan pertumbuhan pada usia 10 tahun.

Ketika itu, kakinya tiba-tiba membesar dari saiz 5.5 kepada 11 dalam tempoh kurang setahun.

Kaki kanannya kini berukuran 40.1 sentimeter (sm) dan yang kiri 39.6sm atau saiz 32 di United Kingdom.

“Ketika berusia 14 tahun ibu terpaksa menggunakan kain seluar untuk membuat kasut saya, namun kerana cuma tahan dua atau tiga minggu saya kadangkala berkaki ayam saja.

“Saya sering dibuli, dihina dan dipukul di sekolah. Saya suka belajar, namun sering trauma dengan layanan di sekolah kerana budak lain memperlakukan saya seperti anak patung,” katanya.

Seorang pembuat kasut khas dari Jerman, Georg Wessels memperkenalkan Hernandez kepada Guinness selepas pergi ke Maracay di barat Venezuela untuk membuat kasutnya.

Rekod sebelum ini dipegang petani Turki, Sultan Kosen dengan saiz kasut 32. Sultan juga lelaki tertinggi dunia dengan ketinggian 2.51 meter. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 6:57 AM

KASUT Hernandez (kiri) bersaiz gergasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85808#sthash.k1cUmqrP.dpuf

Pindah rumah selepas beli kereta kebal


Ruang di kediaman tidak cukup luas

Jeff Woolmer bersama anak perempuannya bergambar dengan kereta

Jeff Woolmer bersama anak perempuannya bergambar dengan kereta kebal yang dibeli daripada pusat lelongan dalam talian, baru-baru ini. AGENSI
AVONMOUTH 16 Okt. - Seorang lelaki tidak me­nyangka, tindakannya membeli sebuah kereta kebal daripada pusat lelongan dalam talian memberi ‘masalah’ kepadanya sehingga dia terpaksa mencari rumah lain selepas kenderaan tersebut mengganggu persekitaran kawasan kediamannya.
Menurut laman web mirror.co.uk, Jeff Woolmer, membuat bidaan untuk mendapatkan kereta kebal kegunaan bekas tentera Kanada,di laman web lelong dengan harga 9,000 pound (RM57,400) beberapa bulan lalu.
Woolmer memberitahu, dia terlupa dengan bidaan kereta kebal itu sehinggalah mendapat pang­gilan telefon daripada pusat lelongan berkenaan.
“Ketika di pejabat, saya mendapat panggilan daripada pusat bidaan yang menyatakan saya berjaya membeli kereta kebal seberat tujuh tan itu,” ujar Woolmeer yang merupakan seorang jurutera.
Jelasnya, rakan-rakan di pe­jabatnya tergelak selepas mendapat tahu tentang perkhabaran tersebut.
Dia yang tinggal di kawasan flat terpaksa mencari kediaman lain yang lebih besar memandangkan kereta kebal itu memerlukan ruang yang lebih luas.
“Saya akhirnya berjaya mendapat rumah yang lebih besar di Bradley Stoke dan mempunyai tempat yang lebih selesa untuk meletakkan kereta kesayangan ini,” ujarnya.
Dia memberitahu, sejak berpindah, jiran-jiran di kawasan per­umahan baharu memanggilnya sebagai ‘Tank Man’.
Woolmer berkata, walaupun kereta kebal itu tidak boleh berfungsi, dia merancang untuk ‘menghidupkan’ kereta kebal tersebut menggunakan bateri.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pindah-rumah-selepas-beli-kereta-kebal-1.147362#sthash.J133hq0i.dpuf

Friday, October 16, 2015

China paling ramai bilionair


Shanghai: Sebuah kajian tahunan melaporkan semalam, jumlah bilionair di China kini melebihi golongan itu di Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama dalam sejarah.

Majalah ekonomi Hurun Report melaporkan, China kini mempunyai 596 bilionair - peningkatan 242 orang berbanding tahun lalu, yang jauh menjangkaui 537 bilionair Amerika direkodkan.

Pengerusi Hurun Report, Rupert Hoogewerf berkata dalam satu kenyataan: “Walaupun ekonominya lembab, golongan kaya di China nampaknya tidak terkesan, malah tahun ini nampaknya yang terbaik untuk mereka.”

Menurut laporan itu, usahawan hartanah dan hiburan, Wang Jianlin mengalahkan pengasas Alibaba,
Jack Ma sebagai orang terkaya di China.

Wang - yang mengasaskan syarikat konglomerat Wanda - melihat kekayaannya meningkat lebih 50 peratus kepada AS$34.4 bilion (RM141 bilion) berikutan lonjakan harga sahamnya.

Wang terkenal kerana beberapa pembelian di luar China termasuk penganjur pertandingan Ironman, kumpulan pemasaran sukan Swiss, Infront, dan pegangan dalam kelab bola sepak Sepanyol, Atletico Madrid.

Dia menjadi terkenal pada 2012 selepas membeli rangkaian panggung wayang AS, AMC Entertainment, dengan harga AS$2.6 bilion (RM10.7 bilion).

Sementara itu, Ma tersenarai di tempat kedua dengan kekayaan AS$22.7 bilion (RM93.2 bilion). Tempat ketiga kekal diduduki taikun minuman, Zong Qinghou dari Wahaha dengan kekayaan AS$21 bilion (RM86 bilion) manakala pengasas Tencent yang mengendalikan aplikasi popular WeChat di tempat keempat dengan AS$19 bilion (RM78 bilion).

Pemilik syarikat telefon pintar Xiaomi, Lei Jun pula tersenarai di tempat kelima selepas menggandakan kekayaannya kepada lebih AS$14 bilion (RMRM57 bilion).

Tempat keenam dan ketujuh masing-masing dipegang pemilik Yan Hao syarikat pembinaan China Pacific Construction serta pengasas enjin carian Baidu, Robin Li. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 6:47 AM

WANG (kiri) dan Ma.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85505#sthash.jUN4xaxy.dpuf

Thursday, October 15, 2015

Batu RM99 juta

Agensi
Beijing: Seorang pengumpul batu mendakwa sebiji batu dalam koleksinya bernilai 150 juta yuan (RM99 juta) kerana mempunyai corak dua beruang panda.

Lelaki itu, Li, berkata, corak pada atas batu itu kelihatan membentuk dua haiwan berkenaan, menjadikan batu itu amat berharga kepada peminat batu.

Menurutnya, dia menemui batu itu di pantai Qingdao, timur China, 12 tahun lalu.

Batu itu dikategorikan sebagai basanit, sejenis batu lama yang terbentuk hasil daripada pergerakan magma di dasar laut.

Di belakang, batu itu kelihatan seperti batu biasa.

Menurut Li, di atas batu itu ialah corak dua panda, satu besar dan satu lagi kecil.

Dia memberitahu wartawan, apabila menunjukkan kepada peminat batu lain, ramai yang kagum, malah ada yang menawar untuk membelinya dengan harga 700,000 yuan (RM462,000).

Ketika menunjukkan kepada sebuah syarikat untuk menilai, dia diberitahu harga batu itu boleh mencecah RM99 juta.

Penilaian itu bagaimanapun dipertikaikan beberapa pakar.

Ada yang berkata, nilai batu itu mungkin berpunca daripada penambahan bilangan peminat batu. Ada juga yang berkata, sukar untuk menentukan harga pasaran batu itu kerana tidak ada pihak berkuasa yang dapat mengesahkannya.

Mereka berpendapat, harga yang dinilaikan itu hanya spekulasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2015 @ 8:29 AM

BATU yang dikatakan mempunyai corak dua panda.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85300#sthash.5J7NYfUN.dpuf

Wednesday, October 14, 2015

Objek misteri tsunami Jepun cetus kegemparan


Seorang lelaki enggan menghampiri objek misteri itu yang terdampar di sebuah pantai di Jepun. AGENSI
TOKYO 13 Okt. – Kemunculan objek misteri yang terdampar di sebuah pantai di timur Jepun sejurus bencana tsunami yang melanda negara itu pada 2011 membuatkan pengguna dalam talian kini kebingungan sehingga tidak dapat menentukan apakah benda tersebut yang menyerupai makhluk ganjil.
Rakaman video yang diambil penduduk yang terselamat daripada kejadian berkenaan menunjukkan objek besar berwarna putih menyerupai seekor ikan paus terdampar bersama sisa sampah di tepi pantai negara matahari terbit berkenaan.
Video berdurasi 30 saat itu yang dimainkan dengan latar belakang muzik seram turut menunjukkan pelbagai sudut makhluk misteri tersebut dan kini mula tersebar meluas di internet.
Mail Online melaporkan, meskipun makhluk itu menyerupai bentuk seekor ikan paus kecil menerusi pemeriksaan pada jarak dekat, namun objek berkenaan lebih menyamai sebongkah batu besar jika dilihat dari jauh.
Bagaimanapun, penemuan objek ganjil di pantai Jepun selepas bencana yang meragut lebih 18,000 nyawa itu bukanlah yang pertama kali dilaporkan berlaku kerana objek ganjil juga pernah terdampar di sepanjang pantai Amerika.
Kira-kira lima tan serpihan merangkumi sisa rumah, bot, dan pelbagai objek lain terdampar di pantai timur Jepun susulan tsunami yang melanda empat tahun lalu.
Sebanyak 70 peratus daripada serpihan itu tenggelam, manakala 1.5 juta tan sisa berkenaan terapung dan pada 2013, sampah hanyut seluas negeri Texas tersebut bergerak menuju California selepas dibawa arus Lautan Pasifik.
Malah pada April tahun ini, sebahagian daripada bot gentian kaca dapat dikesan terapung di perairan Oregon.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/objek-misteri-tsunami-jepun-cetus-kegemparan-1.146236#sthash.lsnUtSF2.dpuf

Tuesday, October 13, 2015

Lubang misteri sedut air tasik


Lubang misteri sedut air tasik

13 OKTOBER 2015
Lubang misteri sedut air tasik

SEBUAH tasik di Oregon, Amerika Syarikat mempunyai misteri tersendiri di mana pada kebanyakan bulan sepanjang tahun, ia tidak tumpah seperti kebanyakan tasik lain yang aman, bersih dan tenang.

Namun, setiap kali tiba musim sejuk sebuah lubang misteri muncul seolah-olah menyedut kesemua air tasik. Maka tidak hairanlah mengapa tasik ini diberi nama Lost Lake.

Menurut jurucakap Hutan Negara, Jude McHugh, lubang itu telah wujud di dalam kawasan tasik sejak berpuluh tahun lagi, dan sehingga kini apa yang menjadi tanda tanya kepada penyelidik adalah ke mana perginya air kesemua air itu.

Bagaimanapun, ahli geologi menyifatkan fenomena itu adalah disebabkan landskap gunung berapi. Mereka percaya tiub lava di bawah tasik terbentuk apabila lava yang mengalir mengeras berhampiran permukaan dan mengalir ke bawah.

McHugh mendakwa, air tasik mungkin meresap ke bawah permukaan tanah yang poros, masuk semula ke akuifer besar yang seterusnya menjadi mata air untuk Cascades. – Mail Online

Biskut berharga hampir RM65,000?


Biskut berharga hampir RM65,000?

13 OKTOBER 2015
Biskut berharga hampir RM65,000? Biskut berharga hampir RM65,000

WILTSHIRE - BRITAIN. Sekeping biskut yang didakwa sebahagian daripada kit kecemasan yang disimpan di bot simpanan kapal Titanic bakal dilelong pada harga £10,000 (RM64,241.08).

Menurut ITV News Reports, biskut itu disimpan oleh seorang penumpang bot SS Carpathia yang membantu operasi menyelamat kapal Titanic.

Penumpang tersebut, James Fenwick menyimpan biskut berkenaan dalam sebuah kotak filem Kodak berserta nota tertulis 'Biskut dari bot simpanan Titanic, 1912'.

Di biskut berkenaan tertulis 'Sallers & Bakers' dan 'Pilot'.

Biskut tersebut dianggap sebagai artifak dan akan dilelongkan melalui Henry Aldridge & Son di Devices 24 Oktober nanti.

Monday, October 12, 2015

35 tahun tak gunting rambut


Yunnan: Seorang wanita memiliki rambut sepanjang 2.52 meter selepas tidak mengguntingnya sejak 35 tahun lalu.

Gu Meiying, etnik Miao yang menetap di wilayah Yunnan amat mudah dikenali kerana dia satu-satunya penduduk tempatan yang memiliki rambut sepanjang itu.

Menurutnya, dia tidak pernah menggunting rambutnya sejak berusia 24 tahun dan ia akan tumbuh sepanjang enam atau tujuh meter setahun.

“Saya menganggap rambut saya sebagai harta dan juga tangkal,” kata Meiying yang juga percaya rambut panjang menyumbang kepada kesihatannya.

Menurutnya, dia pernah ditawarkan 19,000 yuan (RM11,000) untuk rambut itu, tetapi menolaknya.

“Saya mahu terus menyimpan rambut ini dan berhasrat untuk mencatatkan rekod dunia Guinness,” kata wanita itu.

Setiap kali bekerja di ladang, Meiying akan melilit lima kali rambut itu pada kepalanya atau tiga setengah pusingan pada pinggangnya.

Dia juga mengeluh kerana rambutnya mengambil masa seminggu untuk kering apabila dia membasuhnya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 6:55 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/84380#sthash.iuwjSeHZ.dpuf

Sunday, October 11, 2015

Pelajar Alami Alahan Teruk Jika Ke Sekolah


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:31 AM

SEORANG pelajar perempuan dilaporkan mengalami alahan teruk apabila dia berada dalam kelas.
Tiffiney Blakely, 13, dibawa ke hospital pada minggu lepas selepas mengalami 'lethal anaphylactic shock' apabila berada di dalam kelas untuk memulakan pembelajaran.
Menurut Tiffiney, dia mula rasa gatal-gatal dan kepeningan semasa berada dalam kelas Matematik.
"Saya mula kepanasan dan bengkak-bengkak di badan mula timbul bintik-bintik. Saya juga tidak dapat melihat dengan jelas dan tekak saya semakin sakit. Saya sangat takut seperti saya akan mati," katanya.
Tiffiney berasal dari Grimsby, sebelum ini mengalami alahan dengan kacang.
Doktor percayai alahan yang dialami Tiffiney tiada kaitan dengan kacang.
Sampel cat dan permaidani dari sekolahnya iaitu Akademi John Whitgift di Grimsby telah dihantar untuk mengenal pasti punca sebenar.

Saturday, October 10, 2015

Ketagih tebuk muka


Berlin: Seorang lelaki berusia 22 tahun kini memegang rekod dunia kerana menebuk ‘terowong’ terbanyak pada wajahnya.

Joey Miggler mampu memasukkan lidahnya - yang turut dibelah dua - ke dalam lubang sebesar 34 milimeter yang ditebuk di kedua-dua pipinya.

Malah, dia juga boleh memasukkan apa saja melalui lubang pada wajahnya itu termasuk gula-gula.

Secara keseluruhannya dia mempunyai 11 lubang di mukanya termasuk pada bibir dan hidung.

Miggler pertama kali melakukan tindikan pada telinga ketika berusia 13 tahun, namun sejak itu terlalu taksub dengan mengubah rupanya dan mengaku ‘ketagih’ dengan aktiviti berkenaan.

“Saya sangat berbangga dengan lubang pada muka saya, dan masih mahu menambahnya. Malah saya mahu membesarkan lubang yang ada supaya lebih unik.

“Seronok melakukan eksperimen dengan badan saya seperti ini,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 6:04 AM

MIGGLER
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83636#sthash.axfKWw2O.dpuf

Kembar jadi parasit


New Delhi: Seorang budak lelaki berusia empat tahun dikesan ‘mengandung’ kerana lahir dengan keadaan yang amat unik, iaitu dengan janin di dalam perutnya.

Kanak-kanak dari kampung Kharikabandh di Benggala Barat dilahirkan dengan keadaan dikenali sebagai ‘foetus in fetu’ yang terlalu jarang berlaku dan membabitkan satu dalam 500,000 kelahiran. Hanya 200 kes dilaporkan di seluruh dunia.

International Business Times melaporkan, kanak-kanak itu mengadu sakit perut minggu lalu dan dibawa ke hospital. Doktor yang percaya dia mempunyai ketumbuhan dalam perutnya melakukan imbasan CT dan terkejut melihat mayat janin ‘sempurna’ di situ.

Pada 2012, seorang budak perempuan berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital di China selepas lengan ketiga tiba-tiba tumbuh di belakangnya yang kemudian didapati sebenarnya kembar seiras yang tidak berkembang sebelum memasuki tubuhnya.

Malah mayat janin itu turut mempunyai payudara, lengan, tulang belikat dan dua jari. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 6:06 AM

GAMBAR fail menunjukkan satu kes janin pada tubuh seorang kanak-kanak di China.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83643#sthash.Yatu00Yo.dpuf

Bapa Turunkan Berat Badan Kerana Tidak Mahu Malukan Anak


Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 11:30 AM

SEORANG bapa sanggup menurunkan berat badannya sebanyak 127 kilogram kerana tidak mahu memalukan anaknya di hari pertama persekolahan.
Sebelum ini, berat Matthew Thornton, 43, mencecah 197 kilogram semasa anak lelakinya, Freddie, 2, masih bayi.
"Anak lelaki saya masih kecil semasa saya mengalami obesiti yang melampau, tetapi Freddie lihat gambar lama saya dan mengatakan ayahnya sangat gemuk.
"Pada 2013, anak lelakinya baru berusia 2 tahun. Saya tahu dia akan memulakan sesi persekolahan dalam beberapa tahun lagi dan saya tidak mahu jadi seorang bapa yang gemuk," kata Matthew.
Perubahan selama dua tahun itu berjaya selepas dia menukar semua makanan yang tidak sihat kepada makanan seimbang dan senaman yang dilakukan.
Berat badannya yang susut kepada 70 kilogram kini menyebabkan ramai tidak mengenalinya.
Pinggang Matthew pernah mencecah kepada 58 inci dan berkata dia perlukan perubahan dan mula merujuk kepada pakar yang menawarkan perkhidmatan perlangsingan berat badan.
Kini, pinggang Matthew mencecah 28 inci dan beliau bangga dengan kejayaannya dan berkata pencapaiannya ini akan dijadikan sebagai contoh terbaik kepada anaknya.

Remaja perempuan bersin 20 kali dalam seminit


Katelyn Thornley berdepan dengan penyakit misteri menyebabkan
Katelyn Thornley berdepan dengan penyakit misteri menyebabkan dia sering bersin sepanjang hari. AGENSI
ANGELETON 9 Okt. – Seorang gadis dari Texas terpaksa melupakan keseronokan alam remaja selepas berdepan dengan sejenis penyakit misteri menyebabkan dia bersin sehingga 12,000 kali sehari.
Menurut laman web Oddi­ty Central, Katelyn Thornley ber­depan masalah tersebut sejak tiga minggu lalu selepas menyertai kelas muzik klarinet di sekolahnya.
“Saya fikir ini bersin biasa di­sebabkan alahan dengan sesuatu,” ujar remaja berusia 12 tahun itu.
Namun, keadaan semakin te­ruk selepas dia bersin sehingga 20 kali dalam seminit, sekali gus menyebabkan dia tidak boleh me­lakukan sebarang aktiviti.
“Saya juga berdepan dengan kesakitan di bahagian perut, kaki dan menyebabkan saya tidak boleh menjamah makanan,” terang­nya.
Lebih menyedihkan, Thornley terpaksa meninggalkan sesi persekolahan dan tidak boleh menyertai kelas muzik klarinet lagi.
Ibu bapanya cuba membawa dia berjumpa dengan enam orang pakar perubatan, namun semua pakar berkenaan tidak mampu merawat penyakit ganjil yang dialaminya.
Pasukan doktor juga mendakwa, simptom yang dialami Thornley itu bukan alahan atau disebabkan virus, tetapi adalah tindak balas yang berkait dengan tekanan, manakala sebahagian doktor lagi mendakwa penyakit yang dialami gadis itu berkaitan dengan saraf.
Thornley berkata, dia akan berhenti bersin hanya pada waktu tidur selepas mengambil sejenis ubat penenang, Benadryl.
“Sedih melihat keadaannya, kerana setiap masa dia hanya bersin tanpa henti,” ujar ibunya, Lynn Johnson yang berharap anaknya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan normal.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-perempuan-bersin-20-kali-dalam-seminit-1.144730#sthash.xJwbKHz3.dpuf

Friday, October 9, 2015

Orang kaya Dubai bina bilik salji di rumah


Antara reka bentuk bilik salji di rumah yang semakin popular dalam
Antara reka bentuk bilik salji di rumah yang semakin popular dalam kalangan individu kaya di Dubai. Agensi
DUBAI 8 Okt. – Seorang ahli perniagaan Britain bijak mengambil peluang perniagaan apabila berjaya menarik perhatian penduduk kaya di destinasi pelancongan terkenal, Dubai yang mahukan suasana sejuk ekoran musim panas di negara ini.
Ahli perniagaan itu, Ben Elliot-Scott, memperkenalkan bilik salji kepada mereka ekoran kebanyakan daripada 2.4 juta penduduk Dubai tidak pernah melihat salji berikutan cuaca di Teluk tidak pernah turun daripada 24 darjah Celcius.
Peningkatan populariti bilik ber­kenaan juga berlaku selepas pe­nayangan filem animasi Frozen dan Desert Snow.
Elliot-Scott, 37 dari Bath, So­merset berkata, dia mengenakan caj sehingga 180,000 pound (RM1.164 juta) untuk membina bilik salji di kediaman pelanggannya yang kebiasaannya digunakan sebagai lokasi parti lengkap dengan hiasan orang salji.
Dia mampu menghasilkan 1,000 kubik meter ais dalam tempoh 24 jam menggunakan air, udara, dan nitrogen.
“Perkara paling menggembirakan dalam apa yang kami lakukan adalah kegembiraan kepada mereka yang buat pertama melihat salji,’’ katanya seperti lapor Mail Online.
Jelas Elliot-Scott, pelanggannya terdiri daripada pegawai eksekutif yang tinggal di kawasan mewah seperti di Emirates Hills.
“Kebanyakan parti ini diadakan di kediaman seperti vila yang mempunyai laman,’’ katanya.
Elliot-Scott berkata, syarikatnya juga baru menyiapkan dua bilik salji untuk pelanggan dengan kos bermula pada 71,000 pound (RM459,731).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/orang-kaya-dubai-bina-bilik-salji-di-rumah-1.144430#sthash.l6A6BiOq.dpuf

Pemuda obes 
dihalau dari hospital


Gara-gara pesan piza kerana gagal kawal nafsu makan

Steven Assanti, yang hampir seberat 362 kilogram, terpaksa tinggal di dalam kereta bapanya selepas dihalau daripada hospital kerana memesan piza. Agensi
RHODE ISLAND 8 Okt. - Seorang pemuda yang berat badannya hampir 362 kilogram yang dirawat di sebuah hospital di sini, dihalau selepas dia memesan piza, dan kini terpaksa tinggal dalam kereta SUV milik bapanya.
Portal Mail Online melaporkan, pemuda itu, Steven Assanti, 33, dari Cranston menerima bantuan untuk mengawal ‘ketagihan kepada makanan’ di Hospital Rhode Island di Providence.
Sejak dirawat di hospital ber­kenaan selama beberapa bulan, Assanti berjaya mengurangkan berat badannya kira-kira sembilan kilogram.
Bagaimanapun, apabila dia me­langgar peraturan yang ditetapkan dengan memesan makanan ringan, Assanti yang kini seberat 352 kilogram tidak dibenarkan untuk berada di hospital berkenaan lagi.
Asssanti sepatutnya berada di hospital itu sehingga berat badannya turun kepada 249 kilo­gram bagi membolehkannya menjalani pembedahan pintasan gastrik.
Bapa Assanti, Steven Veilette berkata, dia tidak boleh membawa anaknya pulang dan tidak tahu apa yang patut dilakukan.
“Jika saya membawanya pulang ke rumah dan dia mampu memanjat tangga, anak saya akan kembali kepada ketagihannya itu.
“Saya sudah tidak tahu untuk me­minta pertolongan siapa lagi. Saya sudah menghubungi semua pihak di Rhode Island dan tiada sesiapa boleh membantu saya,’’ katanya kepada stesen televisyen, NBC10.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemuda-obes-8232-dihalau-dari-hospital-1.144432#sthash.e0TUpK1P.dpuf

Pelajar mampu hasilkan ‘tulisan komputer’


09 Oktober 2015 12:50 AM

Tulisan seorang pelajar Sekolah Menengah Hengshui yang dijadikan contoh kepada pelajar lain. AGENSI

Penulisan seorang pelajar yang mendapat gred B, ditegur oleh gurunya supaya menulis huruf "f" dan "g" dengan lebih baik. AGENSI 
BEIJING 8 Okt. – Sebuah sekolah menengah di China meraih populariti dalam kalangan pengguna Internet apabila pelajarnya menampilkan kemampuan menulis yang tidak ubah seperti tulisan komputer.
Menurut laporan portal Mail Online, pelajar di Sekolah Menengah Hengshui yang terletak di wilayah Hebei, tengah China, diarahkan untuk menulis tangan ketika kelas bahasa Inggeris dan perlu memastikan setiap huruf ditulis dengan bentuk yang sama.
Malah, pihak sekolah turut menitikberatkan soal tulisan berbanding kesalahan tatabahasa subjek berkenaan.
Beberapa keping gambar karangan bahasa Inggeris pelajar sekolah tersebut tersebar luas dalam laman sosial, menunjukkan kesalahan yang dibulatkan oleh guru kerana bentuk huruf yang ditulis tidak sama.
Selain itu, guru turut memberikan komen terhadap hasil kerja pelajarnya walaupun penulisan yang dihasilkan sangat mengagumkan.
Antara komen yang diberikan oleh guru terhadap penulisan pelajarnya di atas karangan yang ditulis adalah ‘memerlukan lebih banyak latihan’ dan ‘lebih baik’.
Seorang pelajar turut mendapat komen berbunyi ‘Tiada garisan terlebih atau terkurang’ bagi kesalahan menulis huruf terlalu pendek.
Sekolah Menengah Hengshui merupakan antara sekolah terbaik di China ke­rana mengamalkan sistem pembelajaran ala tentera dan mempunyai lebih 5,000 pelajar.
Sekolah itu juga terkenal kerana membantu pelajarnya untuk mencapai markah tertinggi pada setiap tahun dalam Peperiksaan Kemasukan Universiti.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelajar-mampu-hasilkan-8216-tulisan-komputer-8217-1.144428#sthash.OIuKKKcW.dpuf

Thursday, October 8, 2015

Budak 10 tahun bunuh buaya gergasi

Buaya seberat 362 kilogram dan berukuran 3.9 meter panjang yang
Add caption
Buaya seberat 362 kilogram dan berukuran 3.9 meter panjang yang berjaya dibunuh oleh Ella Hawk (kiri), mempunyai saiz tiga kali ganda lebih besar berbanding kanak-kanak itu. AGENSI
TEXAS 6 Okt. - Seorang kanak-kanak pe­rempuan berusia 10 tahun di Amerika Syarikat mempamerkan kemahirannya untuk membunuh seekor buaya besar seberat 362 kilogram dan sepanjang 3.9 meter hanya menggunakan anak panah.
Laporan portal Mail Online menyebut, kanak-kanak terbabit, Ella Hawk membunuh buaya gergasi itu di Sungai Guadalupe berdekatan Victoria, Texas pada 27 September lalu ketika memburu reptilia berkenaan bersama jurulatihnya, Ryan Longer.
Menurut Longer, dia berjaya mengumpan dan menarik buaya tersebut ke tebing sungai sebelum Hawk melepaskan anak panah yang mengenai mata reptilia itu, sekali gus menyebabkan haiwan itu mati.
Namun sebagai langkah keselamatan, Longer melepaskan dua lagi anak panah bagi memastikan buaya tersebut tidak lagi bernyawa.
Ryan Longer menyifatkan Hawk sebagai pakar memanah yang setaraf dengan watak hero, Robin Hood yang mempunyai kemahiran memanah dengan tepat.
“Hawk mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaannya berbanding lelaki dewasa yang biasa memburu buaya atau haiwan buas lain,” katanya.
Hasil pemburuan Hawk tersebut sangat besar sehingga boleh merangkul tempat pertama dalam cabaran Trophy Game Records of the World, sebuah pertandingan yang dikhaskan untuk pemburu haiwan eksotik.
Lebih mengagumkan, Hawk berada pada kedudukan terbaik untuk merangkul Anugerah Pemburu Tahunan Terbaik Dunia, gelaran yang dimenangi pada tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-10-tahun-bunuh-buaya-gergasi-1.143724#sthash.3lJ8Rd1B.dpuf